Connect with us

Semasa

Luahan Abang Siti Surya, Masih Terbayang Tubuh Kaku Adik Dan Macam Tak Percaya Adiknya Sudah ‘Pergi’

Published

on

” Saya masih tidak boleh terima apa yang dilakukan terhadap adik. Ia tidak boleh diterima akal dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.”

Itu luahan abang kepada Siti Nur Surya Ismail, 19, yang m4ti dibvnuh pada Ahad lalu yang menggemparkan negara apabila suspk dikatakan rakan mngsa sendiri.

Menurut Mohd Zaid Azroi, 24, beliau masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa adiknya sudah tiada.

Tambah Zaid, dia berasa seperti mimpi dan tidak percaya bahawa adik yang selama ini menjadi ‘peneman setia’ ibu yang menghidap knser otak ‘pergi’ secara tiba-tiba.

” Bila bercerita mengenai kejadian itu saya menjadi trauma dan sedih apabila teringat peristiwa itu.

” Sehingga kini saya masih terbayang bagaimana tubuhnya kaku dengan berIumvran d4rah dan tiada pergelangan tngan,” katanya ketika ditemui di kubur Siti Nur Surya di Kampung Beladau Selat di sini, hari ini.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak terdaya menahan kesedihan setiap kali memasuki rumah berkenaan dan mengakui insiden itu memang sukar untuk dilupakan.

Sebab itu, katanya, bapa, Ismail Muda, 58, membuat keputusan berpindah ke rumah datuk di Kampung Beladau Kepong, kira-kira 300 meter dari tanah perkvburan.

” Bagaimanapun, ada bapa saudara yang menjenguk dan tidur di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemergian Siti Nur Surya sangat meninggalkan kesan kepada keluarga terutama dalam menjaga dan mengurus ibunya, Zaini Musa, 55.

” Dia pandai mengurus segala keperluan ibu dan semua itu dilakukannya sendiri. Kami tidak mampu lakukan sebagaimana yang adik lakukan,” katanya.

Bapa Allahyrham juga masih terbayang tubuh kaku arwh

Sementara itu, keluarga Siti Nur Surya masih lagi trauma dan tidak mampu menjejakkan kaki ke kediaman mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong yang menjadi lokasi pembvnuhan tragis gadis itu, Ahad lalu.

Bapa arwh Ismail Muda, 58, berkata, selepas kejadian ngeri yang menimpa anak kelima daripada tujuh beradik itu, mereka sekeluarga belum mendapat kekuatan untuk pulang ke kediaman mereka dan kini tinggal buat sementara waktu di rumah datuk arwh di Kampung Beladau Selat, Kepong di sini.

” Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berIumvran d4rah ketika ditemui di ruang tamu rumah.

” Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.

” Hanya anak-anak lelaki sahaja yang berulang-alik melihat rumah dan mengambil barang keperluan seperti pakaian, namun tiada siapa yang sanggup bermalam di sana buat masa ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, myt Siti Nur Surya, 19, ditemukan dengan ksan tet4kan pada badan serta pvtus tngan kiri di ruang tamu rumah oleh adik perempuannya, Nor Liyana Syuhada, 15, semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang juga rakan sekolah arwh direman tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Sksyen 302 Knun Kesksaan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.