Connect with us

Semasa

M4yat Naib Ketua Armada Kota Tinggi Akhirnya Ditemukan, Pihak Berkuasa Dedah Punca Sebenar Kjadian

Published

on

Berita mengejutkan diterima hari ini apabila Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Zulfikrie Buang, 24, dipercayai tergelincir akibat licin ketika sedang melakukan kerja membaiki jeti berkenaan.

Sementara terkini, m4yat Zulfikrie sudah ditemukan kira-kira jam 3 petang tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi yang bermula sejak jam 7 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail.

” M4yat ditemukan di celahan batu kira-kira 500 meter daripada tempat mngsa tergelincir,” katanya ketika dihubungi.

Hari ini media melaporkan, Mohd Zulfikrie dipercayai tergelincir ketika cuba mengambil selipar yang terjatuh ketika melakukan kerja membaiki Jeti Tanjung Balau kira-kira jam 5 petang semalam.

Mngsa dipercayai tergelincir dari perancah ketika membuat kerja membaik pulih jeti Tanjung Balau.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dengan laut berombak dan angin kuat.

Susulan itu, operasi SAR dilakukan di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau.

Cuba ambil selipar terjatuh

” Mngsa mahu ambil selipar yang terjatuh sebelum tergelincir dan ditarik ombak. Ketika itu hujan lebat,” kata rakan kepada Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, Mohd Zulfikrie Buang yang dikhuatiri Iemas selepas tergelincir di jeti nelayan di Tanjung Balau, di sini, petang semalam.

Ketua Bersatu Pengerang, Mohd Faizal Asmar berkata, Mohd Zulfikrie, 24, sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu berikutan aktif dalam kerja kemasyarakatan di daerah berkenaan.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu pada minggu lalu ketika Mesyuarat Bersatu Johor di di Johor Bahru dan sempat berbual mengenai aktiviti yang akan dijalankan bersama.

” Rakan yang bersama Mohd Zulfikrie petang semalam, memaklumkan beliau mahu mengambil seliparnya yang terjatuh ke laut ketika melakukan kerja membaiki Jeti Tanjung Balau.

” Rakannya sudah menasihatkan jangan turun dulu kerana hujan lebat, namun Mohd Zulfikrie yang berada di perancah tiba-tiba tergelincir jatuh ke dalam laut. Kejadian berlaku sangat pantas.

” Rakannya berusaha menyelamatkannya namun tidak berjaya kerana ombak kuat sebelum beliau hilang daripada pandangan, ” katanya ketika dihubungi.

Allahyrham seorang yang ceria

Mohd Faizal berkata, Mohd Zulfikrie menjawat jawatan Naib Ketua Armada Kota Tinggi sejak Oktober lalu adalah seorang yang ceria dan rajin membantu.

” Seramai kira-kira 100 anggota Bersatu Kota Tinggi dan Pengerang hadir ke lokasi Jeti Tanjung Balau bagi melihat operasi mencari dan menyelamat mngsa.

Beliau berkata, keluarga Mohd Zulfikrie kini masih dalam keadaan terkejut dan meminta mereka diberi ruang berhadapan ins1den berkenaan.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.