Connect with us

Semasa

M4yat Terakhir Tragedi Bot Akhirnya Ditemui. “Balik La Ayang Tunggu Ni”, Luahan Isteri Buat Ramai Sebak

Published

on

Meskipun reda dengan penemuan m4yat suaminya, Arman Ismail, 43, hari ini, ia tidak dapat menghilangkan duka Siti Ayu Ishak, 30, yang baru semalam terpaksa menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim.

Ketika menanti ketibaan m4yat arwh di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, yang menjadi pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR), Siti Ayu cuba tenang dan tabah menghadapi ujian itu, namun dia dilihat beberapa kali menangis tidak dapat menahan sebak.

Sejak suaminya dilaporkan hilang Isnin lalu, Siti Ayu bersama tiga anaknya iaitu Adam, Aira dan Aisya berusia antara tiga hingga sembilan tahun, lazimnya setia menunggu di jeti itu seawal 7 pagi dan hanya akan pulang 6 petang sebaik operasi ditangguh.

Cuma semalam, Siti Ayu tidak dapat ke sana untuk menunggu dan mendapatkan perkembangan terkini kehilangan suaminya itu kerana perlu menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim.

Ketika ketiadaannya di jeti itu, Siti Ayu sempat mencoretkan harapan untuk bertemu semula suami melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Ayg tunggu ni. Abe keno balik

” Harini ayg tak bawak anak. Adik aisya masih tido mama tinggal satnie. Abe balik deh. Ayg tunggu ni. Abe keno balik. Abe kuat . Semua orang sayangkan abe.” coret Ayu.

Menurut ahli keluarga Siti Ayu yang enggan dikenali, arwh Arman tidak mengetahui isterinya mengandung.

Katanya, Siti Ayu mahu membuat kejutan kepada suaminya dan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu khabar gembira itu.

” Setahu saya, Siti hanya mengetahui dia mengandung beberapa hari sebelum kejadian bot terbalik berlaku,” katanya.

Katanya, Siti Ayu selepas dibenarkan pulang dari hospital pagi tadi, dia kembali ke rumah keluarga di Kampung Tok Sadang, Badang, Kota Bharu.

Difahamkan, wanita tabah ini bersama arwh suami menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual tudung dan kerepek bagi menyara keluarga dan anak kecil mereka.

Arman, korban kelapan kejadian bot terbalik yang ditemui akhir sekali pada 2.20 petang hari ini, selepas mngsa ketujuh, Wadi Bakar, 44, ditemukan 10.30 pagi sebelum itu.

Terdahulu mngsa terakhir bot terbalik, Arman Ismail, 43, ditemui jam 2.20 petang tadi pada jarak 40 batu nautika daripada Jeti Perikanan Kemasin, Bachok.

Penemuan itu melengkapkan pencarian mngsa bot terbalik yang hilang apabila kesemua mereka dijumpai genap seminggu kejadian malang itu berlaku.

Identiti Arman disahkan kakak sulungnya, Aida Ismail, 50, berdasarkan pakaian selain penemuan kad pengenalan tertera nama mngsa.

Korban bot terbalik di Perairan Kemasin, Isnin lalu adalah seramai lapan orang manakala 12 lagi selamat.

Dengan penemuan m4yat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 81 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan hari ini.

Dalam kejadian 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik akibat ombak besar dan ribut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.