Connect with us

Semasa

Macam Filem Hollywood, Rakaman Toyota Hilux Berisi Barang Kemas Dir0mpak di Tengah2 Lebuhraya

Published

on

Seakan filem aksi Hollywood apabila rakaman sekumpulan penjnayah dengan menghalang sebuah pacuan empat roda di tengah-tengah lebuhraya ketika melakukan romp4kan.

Tanpa mempedulikan aksi mereka dirakam oleh orang ramai, penjnayah terbabit dilihat selamba melarikan barang romp4kan dari kereta mngsa.

Pelbagai jenis barang kemas serta wang tunai diromp4k sekumpulan penjnayah bersenjatakan parang dan bertopeng dalam kejadian di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dari arah Kuchai Lama di sini semalam.

Kejadian pukul 3.20 petang itu berlaku ketika pengadu yang juga jurujual sebuah syarikat pembekal emas serta rakannya dalam perjalanan untuk menghantar barang berharga itu ke beberapa kedai emas di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pengadu dihalang dua pacuan empat roda yang sama jenis sebelum tiga lelaki bersenjatakan parang menghampiri mereka.

Katanya, suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan sebelum menarik pengadu dan pemandunya keluar.

” Susulan itu, suspek melarikan kenderaan tersebut yang didalamnya mempunyai barang kemas serta wang tunai.

” Pengadu dan rakannya mengalami kecederaan akibat serpihan cermin yang dipecahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam lagi, beberapa jam kemudian pacuan empat roda pengadu ditemui di Damansara, Petaling Jaya dalam keadaan terbakar.

” Siasatan berkaitan kes ini masih dijalankan termasuk anggaran kerugian barang kemas yang dilarikan kesemua suspek.

” Usaha mengesan suspek juga giat dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi lapan saat yang menunjukkan sebuah pacuan empat roda diromp4k lelaki bersenjatakan parang tular di media sosial.

Lihat video di bawah

Sumber video: FB Gags Teacher

Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.