Connect with us

Semasa

May4t Warga Bangladesh Masih Sempurna Walau Lama Tak Dituntut. Ustaz Ceritakn Siapa Sebenarnya Arwh

Published

on

” Usia hidup ibarat menarik seutas tali dalam kegelapan. Tidak kita ketahui di mana hujungnya. Boleh jadi saat kita sedang seronok menariknya. Kita sudah pun di penghujung tali. Demikianlah hidup.”

Demikian perkongsian Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJ Malaysia), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid di halaman Facebook.

Rafieudin berkongsi tentang pelbagai latar belakang manusia diuruskan oleh skuad pengurusan jnazah, tanpa mengira usia, jjantina atau bangsa.

Ustaz Rafie (kiri) bersama seorang petugas menguruskan jnazah.

Beliau menceritakan tentang pasukannya selesai menyempurnakan satu jnazah lelaki warga Bangladesh yang telah meninggI dnia pada 13 Julai lalu.

” Arwh tidak dapat disempurnakan kerana masalah ketiadaan waris di Malaysia.

” Alhamdulillah walaupun sudah lebih seminggu disimpan di dalam peti beku may4t, jnazahnya masih lagi elok dan sempurna,” katanya.

Berkongsi pengalaman itu kepada mStar, Muhammad Rafieudin berkata, warga Bangladesh berkenaan berusia 42 tahun dan meninggI dnia selepas mengadu sakit dada.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, beliau memberitahu, jnazah akan disimpan dalam peti sejuk di hospital selagi tiada tuntutan dibuat oleh waris.

” Kalau dalam peti, tempoh tujuh hingga 14 hari biasanya may4t akan mula mengecut. Kalau di luar, dalam satu hingga dua hari dah mula mereput,” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai butiran peribadi arwh.

Bagaimanapun keadaan jnazah yang masih elok dan sempurna itu bukan sesuatu yang mengejutkan buatnya yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam menguruskan jnazah.

Siapa arwh? Apa amalannya ketika masih hidup?

Ustaz Rafie mendedahkan arwh yang masih bujang itu melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan membersihkan kawasan surau.

Maka tidak hairanlah baginya menyaksikan sendiri keadaan jnazah yang begitu elok dan sempurna itu.

” Bagi saya itu keadaan biasa. Jen4zahnya baik mungkin sebab Allah muliakan arwh sewaktu hayatnya memang kuat berkhidmat di surau tempat tinggalnya.

” Jemaah surau tu kata lima waktu dia mesti ada,” katanya, merujuk kepada arwh yang tidak pernah meninggalkan solat.

Namun, kata Ustaz Rafie, beliau berasa sebak ketika menguruskan pengebumian jnazah, selepas diberikan keizinan daripada waris arwh dari Bangladesh.

” Kawan-kawan arwh di sini buat panggilan video untuk keluarganya dari jauh mengikuti proses pengebumian jnazah.

” Saya terdengar suara tangisan dari jauh (tangisan keluarga arwh). Saya sebak memikirkan situasi yang perlu dilalui oleh ahli keluarga mereka,” katanya sambil menambah salah satu faktor jnazah diuruskan tanpa keluarga, adalah disebabkan kekangan daripada kawalan pintu sempadan kedua-dua negara ekoran pandemik Covid-19.

Tambah beliau, jnazah diuruskan di Hospital Sungai Buloh sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 di Kota Damansara, Selangor untuk dikebumikan pada Isnin.

” Alhamdulillah, jnazah berjaya disempurnakan dalam tempoh yang singkat. Semoga roh arwh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.