Connect with us

Semasa

Memandu Lawan Arus Hingga Sebabkan Kem4tian, Wanita Menangis Dipenjara Lima Tahun

Published

on

Seorang model sambilan dihukum pnjara lima tahun dan didenda sebanyak RM18,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kem4tian seorang juruteknik kilang dalam kmIangan tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ng Pei Ven, 22, dilihat menangis sambil memandang ibunya ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Mahkamah turut membuat keputusan membatalkan lesen memandu percubaan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, gadis berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Sksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kem4tian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala tertuduh Lim Boon Beng.

Selepas hukuman dijatuhkan, Boon Beng meminta penangguhan pelaksanaan hukuman untuk anak guamnya bagi membuat rayuan.

Mahkamah bersetuju tetapi tertuduh diminta membayar ikat jamin sebanyak RM5,000.

Dalam kejadian pada 14 Mac 2017, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut selepas kereta Perodua Kelisa dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu gadis berkenaan secara melawan arus.

KmIangan pada 7.50 pagi itu berlaku di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh.

Ketika itu, mngsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Pertembungan itu menyebabkan mngsa tersepit dalam kenderaannya dan meninggI dnia di lokasi kejadian.

Lawan arus selepas terpaksa membuat pusingan

Sementara itu pada hari pertama kes bela diri pada 20 September 2019, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan pembelaan bersumpah di kandang saksi di hadapan Majistret Sri Prancha Nanthini Balabedha.

Dalam prosiding dikendalikan dalam bahasa Mandarin itu, peguam tertuduh, Lim Boon Beng juga mengemukakan dua dokumen kepada mahkamah masing-masing laporan doktor dan surat pengesahan kad Orang Kurang Upaya (OKU) milik tertuduh.

Pada prosiding itu juga, tertuduh mengaku sudah sembilan bulan memiliki lesen memandu sebelum kejadian berlaku pada 14 Mac 2017.

Pihak pembelaan juga akan memanggil dua saksi, doktor dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengeluarkan kad OKU berkenaan.

Mahkamah juga diberitahu tertuduh bahawa dia terpaksa membuat pusingan sebelum Plaza Tol Sungai Dua kerana melihat sebuah lori yang cuba melanggarnya di hadapan.

Ketika disoal Mohd Amril, tertuduh mengaku bahawa dia mempunyai lesen memandu yang sah dan sudah melalui ujian lalu lintas dan isyarat jalan raya.

Ketika disoal sama ada tertuduh tahu bahawa memandu melawan arus adalah satu kesalahan, Ng memberitahu mahkamah dia tidak faham dengan soalan yang diajukan.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.