Connect with us

Semasa

Menangis Telefon Beritahu Selalu Kena BuIi, Abang Sayu Adik Dihantar Sempurna Tapi Pulang Sebagai Jnazah

Published

on

” Kami hantar dalam keadaan sempurna… kami rasa ralat kerana tidak sampai 24 jam hantar ke kem jadi macam itu,”

Itu kata-kata Mohamad Amirulnaim Aznam, abang kepada Allahyarham Abdul Aziz, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meninggI dnia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem di Batu Pahat, Johor, 29 Ogos lalu.

Mohamad Amirulnaim, 23, berkata, dia menghantar adiknya itu ke kem pada 5 petang dan adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

” Selepas selesai urusan menghantar adik kami terus balik ke Ipoh dan pada 3 pagi kami mendapat panggilan telefon daripada kem memaklumkan pada 12 tengah malam adik jatuh tingkat tiga bangunan.

” Pada 12 tengah hari keesokan harinya, kami terus bergerak ke sana dan ketika itu adik berada dalam keadaan koma dan kami diberitahu adik mengalami kecederaan teruk pada kepala dan badan,”

Amirulnaim berkata demikian ketika ditemui di rumah keluarga di Persiaran Hulu Bercham 2, Bandar Baru Putra di sini hari ini.

Menurutnya, adik bongsu daripada 10 beradik itu pulang semula ke kem berkenaan dengan rela hati dan tanpa paksa selepas lari dari tugas sekitar awal tahun ini.

” Selepas melarikan diri dia tidak pulang terus pulang tetapi tinggal di kawasan berdekatan rumah dalam tempoh agak lama.

” Sebelum ini kami sebagai keluarga ada memujuk dan menasihatinya tetapi, dia pergi serah diri semula ke kem dengan rela hati dan tanpa paksaan daripada kami sekeluarga.

Lebih memilukan, Amirulnaim memaklumkan arwah bapa mereka Aznam Ariffin, 57, yang meninggI dnia dua tahun lalu juga adalah bekas tentera.

Katanya, mngsa sebelum ini pernah menghubunginya dan mendakwa tidak tahan berada di kem berkenaan kerana kerap ‘diragging’.

” Sebelum ini dia pernah bercakap melalui telefon menangis memberitahu tidak tidak tahan kena buli teruk, dia cuma cakap hari-hari kena tumb0k di dada,” katanya.

Katanya, dia berharap semua pihak yang bertanggungjawab dapat benar-benar menyiasat punca sebenar kem4tian dan pemergian adiknya itu terbela.

Sementara itu, seorang lagi abangnya, Zahrol Hasfaizi Ismail, 38, pihaknya hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berkaitan.

” Kami sendiri tidak merasa keadaan sebenar di sana bagaimana, jadi kami tidak mahu menuduh sesiapa sebab kita tidak tahu apa yang berlaku kejadian dalam kem

” Ia membabitkan nyawa, jadi kami berharap pihak berkaitan mengambil serius dan menyiasat dengan seadil-adilnya supaya kami tahu apa puncanya,” katanya.

Menurutnya, jnazah yang sudah selesai dibedah siasat sejak 10 pagi tadi dihantar ke kem pengurusan mandi dan dikafankan.

Katanya, jnazah dijangka tiba selepas Isyak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakar Bata, Tanjung Rambutan.

Sebelum ini, portal MyMetro melaporkan seorang anggota tentera meninggI dnia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera pada 29 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai dilaporkan berkata, mngsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.