Connect with us

Semasa

Mengadu Sering Sakit di Bahagian Perut, Bila Periksa Doktor Terkedu Lihat Identiti Sebenar ‘Wanita’ Ini

Published

on

Pelik tetapi benar. Namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita di Birbhum, India apabila disahkan secara biologinya adalah seorang lelaki.

Lebih malang, dia hanya mengetahuinya selepas disahkan menghidap kans3r t3stikel, pada usia 30 tahun.

Dia juga sudah sedekad berkahwin dengan lelaki.

Penyakit itu hanya dikesan lepas dia menjalankan pemeriksaan perubatan kerana mengadu sering sakit pada bahagian perut.

Doktor kemudian mengesahkan dia menghidap sindrom ketidakpekaan androgen.

Ia adalah keadaan seseorang dilahirkan secara genetik lelaki, tetapi mempunyai semua sifat fizikal seorang wanita. Anehnya, adiknya berusia 28 tahun juga menghidap gejala sama.

Gulf News melaporkan dua doktor pakar menjalankan ujian perubatan sebelum mendedahkan ‘identiti’ sebenar wanita itu.

” Daripada penampilannya, dia adalah wanita. Daripada suaranya, perkembangan payud4ra termasuk alat sulit luaran yang normal, segalanya milik seorang wanita.

” Namun, rahim dan ovarinya tidak ada sejak lahir dan dia juga tidak pernah datang haid,” kata seorang doktor bernama Dr Anupam Dutta.

Katanya, sindrom itu jarang berlaku dan hanya ditemui satu dalam setiap 22,000 orang.

Doktor memutuskan melakukan ujian Karyotyping atau memadankan semua kromosom yang menunjukkan pelengkap kromosomnya adalah XY dan bukan XX, seperti yang terdapat pada seorang wanita.

” Kami mengendalikan ujian klinikal selepas dia mengadu sakit pada perutnya dan kami dapati ada t3stis dalam tubuhnya.

” Kami juga melakukan ujian biopsi sebelum dia disahkan menghidap barah t3stiskel,” katanya.

Katanya, buat masa ini wanita itu menjalani kemoterapi dan kesihatannya bertambah stabil.

” Pesakit itu dan suaminya kini menjalani kaunseling bagi meneruskan hidup seperti biasa,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu mencuba untuk memiliki anak beberapa kali sebelum ini, tetapi gagal.

” T3stisnya masih belum berkembang di dalam badan, tidak ada rembesan testosteron. Hormon wanita, sebaliknya, memberikan penampilan wanita kepadanya,” kata Dr Dutta.

Dutta turut ditanya tentang reaksi wanita itu terhadap hasil pemeriksaan doktor pakar.

” Dia telah telahpun menjadi seorang wanita dewasa. Dia berkahwin dengan lelaki selama hampir satu dekad.

” Buat masa ini, kami menasihati pesakit dan suaminya, agar mereka untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.” kata Dutta

Note: Gambar di atas adalah sekadar hiasan

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.