Connect with us

Semasa

Menteri Agama Beri ‘Lesen Penuh’ Utk Bertindak, Sekali ICJ Kecam Dan Minta Tak Cabul Hak Transg3nder

Published

on

” Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan. ⁣

” Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (tr4nsg3nder) kembali ke pangkal jalan.

” Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama).”

Itu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dr. Zulkifli Mohamad selepas isu melibatkan usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian tidak sopan dikecam ramai.

Bagaimanapun beberapa pihak dilihat kurang senang dengan kenyataan Dr Zulkifli tersebut.

ICJ kecam kenyataan Dr Zulkifli

Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) mengecam kenyataan Menteri Agama itu yang memberikan “lesen penuh” kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk bertindak terhadap tr4nsg3nder.

” ICJ meminta menteri untuk membatalkan arahan itu dengan segera dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan perlindungan yang sama dan tiada diskr1minasi terhadap semua orang di Malaysia, termasuk golongan L G B T,” kata ICJ dalam satu kenyataan.

Pun begitu menurut Zulkifli, tindakan yang akan diambil bukan hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya “tarbiah” yang lebih utama dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Langkah tersebut menurut anggota Dewan Negara itu agar golongan terbabit dapat kembali ke pangkal jalan.

Pesuruhjaya ICJ Ambiga Sreenavasan berkata, ser4ngan bersifat tr4nsf0bia dan hom0.fobia daripada pegawai kerajaan adalah tidak boleh diterima, dan menunjukkan prasangka masyarakat dan kurangnya perlindungan undang-undang berkenaan diskr1minasi yang dihadapi komuniti tr4nsg3nder.

” Berbanding memastikan hak asasi dan martabat semua orang dihormati dan dilindungi, menteri melalui kenyataannya telah melakukan perkara yang bertentangan dengan mengambil tindakan tehadap golongan tr4nsg3nder.

” Menteri mengabsahkan gangguan, diskr1minasi dan kekerasan terhadap komuniti tr4nsg3nder,” katanya lagi.

Pada masa ini, seorang lelaki yang menyerupai wanita atau memakai pakaian wanita boleh dikenakan tindakan undang-undang jen4yah di bawah peraturan agama peringkat negeri.

Ambiga turut mengambil maklum dengan rancangan Zulkifli untuk melaksanakan proses pemulihan terhadap kumpulan tr4nsg3nder.

Katanya, pelbagai kajian telah menunjukkan program seumpama itu hanya memburukkan keadaan mereka.

” ICJ juga maklum akan pengalaman stigma, peminggiran dan kekerasan oleh keluarga dan komuniti (terhadap golongan itu) yang membawa kepada risiko kesihatan dan kesihatan mental yang besar terhadap individu tr4nsg3nder,” katanya lagi.

Beliau berkata ICJ menggesa kerajaan mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak menafikan hak asasi manusia setiap individu dengan memastikan golongan tr4nsg3nder dan semua warga mendapat perlindungan undang-undang daripada diskr1minasi, seterusnya hidup tanpa prejudis, gangguan dan pencabulan terhadap hak mereka.

Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.