Connect with us

Semasa

Mereka Sudah Mula Tuntut Macam-Macam, Lelaki Dedah Surat Presiden Rohingya Kepada Kerajaan

Published

on

Sejak semalam heboh di media sosial apabila surat daripada Presiden Rohingya Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani kepada kerajaan Malaysia yang menuntut beberapa ‘kelonggaran’ diberikan kepada pendatang Rohingya didedahkan.

Belum dapat dipastikan kesahihan surat tersebut, namun warganet mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan tuntutan tidak masuk akal seperti yang tertulis dalam surat itu.

Ibarat ‘sudah diberi betis, hendak peha pula’, kedatangan etnik Rohingya tidak dialukan oleh seluruh rakyat Malaysia. Namun atas dasar kemanusiaan, mereka dibenarkan menumpang dan mencari rezeki di sini.

Apatah lagi segala bagai tuntutan mengarut itu sebenarnya boleh mengundang kekacauan dan kemarahan rakyat Malaysia yang pastinya memberi kesan tidak baik kepada pendatang Rohinya itu sendiri.

Surat yang bertarikh 14 Januari 2020 (sekiranya ia sahih dan benar ditulis), pada muka surat pertama iaitu tentang fokus utama tuntutan mereka antaranya, advokasi perlindungan hak, pembangunan komuniti, kesihatan dan pendidikan.

Selain itu mereka menuntut berkenaan isu-isu kekeluargaan dan isu-isu berkaitan agama Islam.

Di dalam surat tersebut, disenaraikan antara lapan kesukaran yang dihadapi pendatang Rohingya di sini. Antaranya adalah mereka mendakwa tidak diberi kebenaran bekerja untuk menampung hidup.

Mereka juga mendakwa tidak mendapat perlindungan kemalangan ketika bekerja kerana tiada permit. Malah, kos rawatan yang terlalu tinggi menyukarkan lagi hidup mereka.

Dalam tuntutan itu juga tertulis kos rawatan terlalu tinggi ditanggung pendatang Rohingya, di mana mereka terpaksa membayar kos rawatan yang terlalu tinggi dan majikan pula tidak mahu membayar kos rawatan mereka disebabkan mereka tiada kebenaran bekerja secara sah.

Mereka turut meminta pihak majikan menginsuranskan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka.

Selain itu mereka meminta pelarian Rohingya yang bekerja tidak ditangkap atas dasar kemanusiaan.

Rohingya pernah tuntut diberikan bantuan pendidikan 

Imbas semula, menerusi artikel yang ditulis oleh Berita Harian pada 20 Januari 2018, pihak Rohingya pernah membuat tuntuan berhubung isu pendidikan.

Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan, Majlis Rohingya Malaysia (MRM) yang baru ditubuhkan akan menumpukan kepada usaha pemerkasaan program jangka panjang etnik Rohingya, terutama dalam bidang pendidikan.

Ini bagi membolehkan anak-anak Rohingya di negara ini bersedia untuk kembali ke Myanmar atau ditempatkan di negara ketiga kelak.

Ketua Rohingya Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani yang baru dipilih mengetuai jawatankuasa itu berkata, selama ini komuniti pelarian dari Myanmar itu hanya bergantung kepada sistem pendidikan tidak formal diuruskan badan bukan kerajaan (NGO).

Zafar Ahmad, 47, yang juga Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) berkata, sudah tiba masanya anak-anak Rohingya memasuki sistem pendidikan lebih tersusun.

” Kami lama duduk sini dan tak tahu bila boleh balik Myanmar atau pergi ke negara ketiga nanti.

” Jadi, kami minta rakyat dan kerajaan Malaysia lihat isu pendidikan untuk anak-anak Rohingya.

” Kami juga minta kerajaan beri kami dokumen supaya boleh bekerja secara sah di Malaysia,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Zafar Ahmad mengetuai 14 wakil Rohingya yang dipilih kira-kira 200 wakil pelarian etnik Rohingya di dalam jawatankuasa itu yang juga satu daripada lima majlis atau jawatankuasa di bawah MRM yang ditubuhkan sejak Oktober 2017.

MRM adalah badan gabungan 25 NGO berkaitan Rohingya yang bertujuan memperkasakan etnik pelarian itu di Malaysia memandangkan pelarian tidak boleh menubuhkan persatuan di negara ini.

” Kami juga minta Malaysia untuk terus menerajui isu Rohingya di peringkat ASEAN, Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) dan antarabangsa kerana Malaysia negara pertama yang suarakan isu pelarian Rohingya di rantau Asia,” kata Zafar Ahmad yang turut berterima kasih dengan kerajaan Malaysia yang ketika itu diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia adalah negara pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Cox’s Bazar selepas krisis kemanusiaan berlaku di selatan Bangladesh September lalu akibat konflik di barat Myanmar selain turut menghantar kapal flotilla kemanusiaan ke Myanmar dan Bangladesh pada Februari 2017.

Lebih 650,000 etnik Rohingya melarikan diri dari wilayah Rakhine di barat Myanmar ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu akibat operasi berdarah tentera Myanmar, dengan sekurang-kurangnya 75,000 etnik Rohingya dan Muslim Myanmar mencari perlindungan di Malaysia.

Sumber : Fb Muhammad Haiqal

Kredit dan Kredit

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.