Semasa
Minta Nak Periksa Telefon Tapi Isteri Tak Bagi. Kat Situ Suami Mula Syak, Terus Pergi Dapur Ambil Parang


Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menumbuk dan memukul isterinya di Kampung Lembah Pantai dekat sini.
Susulan itu polis menahan lelaki itu pada Khamis lalu kerana didakwa memukul isterinya pada 8.40 malam Selasa selepas menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Kjadian itu menyebabkan mngsa yang berusia 48 tahun luka di kepala, patah jari kiri dan bengkak di leher dan belakang badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa, ketika kejadian mngsa sedang menonton televisyen bersama anak bongsunya berusia 12 tahun di rumah mereka.
Minta telefon isteri tapi isteri tak mahu bagi..
Katanya, suspek keluar dari bilik tidur dan mengambil telefon bimbit anaknya sebelum membaling ke dinding hingga pecah.
” Suspek kemudiannya meminta telefon bimbit mngsa, namun mngsa enggan memberikannya menyebabkan suspek terus menumb0k leher kanan dan belakang badan mngsa.
” Lelaki itu pergi ke dapur untuk mengambil besi dan memukul bahagian atas kepala mngsa sebanyak dua kali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pergi dapur ambil parang
Ramli berkata, suspek sekali lagi pergi ke dapur untuk mengambil parang namun mngsa berjaya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
” Mngsa yang cedera kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang (HTK),” katanya.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditangkap di Tanjong Karang.
” Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul isterinya dan memecahkan telefon bimbit anaknya.
” Punca suspek bertindak sedemikian disebabkan cemburu dan menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain,” katanya.
Menurutnya, suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 324 dan 326A Knun Kesksaan (KK).
Reaksi warganet pula curi tumpuan
Sementara itu menerusi ruangan komen, seperti dijangka isu sebegini pasti akan menimbulkan perdebatan di kalangan warganet lelaki dan wanita.
Bagi warganet lelaki, kebanyakan mempersoalkan tindakan si isteri kenapa tidak mahu memberikan telefonnya kepada suami selepas diminta. Adakah si isteri menyembunyikan sesuatu kepada suami? Adakah tuduhan suami itu adalah betul?
” Suami minta telefon jer, isteri taknak bagi sape suruh? Ada sebab apa-apa ke?” tulis Izhar
” Kalau isteri jujur dan tak cur4ng, bagi jela telefon kat suami nak tengok. selesai masalah..lain lah kalau kau memang buat hal kat belakang suami kau,” kata Sam.
Manakala jika diperhatikan komen dari warganet wanita pula kebanyakannya meninggalkan komen mempertahankan si isteri.
Malah warganet juga menyalahkan si suami yang bertindak luar kawalan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
” Bini tu bukan lawan kau..kau tu jantan..kalau dah tak suke..hantar balik umah mak dia la,” komen Adila
” Kalau betul isteri ada hubungan dengan laki lain, try muhasbah diri. Mengapa? Sikap panas baran, kaki pukul… ada tak kat diri tu? Jika ya, perbaiki diri, dan isteri juga,” komen Syahira.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang