Connect with us

Semasa

Misteri Kesan Tompokan Dar4h di Ruangan Mesin ATM. Bila Polis Periksa CCTV Terbongkar Punca Sebenar

Published

on

M1steri tompokan dar4h di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan SS 2/60, Petaling Jaya hingga menyebabkan orang ramai panik dan mendakwa berlakunya romp4kan di kawasan itu tidak benar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asiten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan tompokan dar4h itu jam 10.15 malam namun hasil siasatan mendapati ia bukanlah kes romp4kan seperti ditularkan.

” Sebaik menerima panggilan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

” Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tompokan merah dipercayai dar4h di dalam ruangan bank itu, namun tiada saksi yang melihat sebarang kejadian jen4yah berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil semakan CCTV rupanya…

Nik Ezanee berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bank itu mendapati terdapat seorang lelaki warga emas tempatan dianggarkan berusia antara 60-an hingga 70-an memasuki bank itu.

” Lelaki warga emas terbabit dilihat melakukan transaksi di mesin ATM di dalam bank berkenaan. Ketika lelaki itu beredar, kami mendapati ada tompokan dar4h di bawah bahagian kaki kanannya.

” Hasil rakaman itu, kami percaya lelaki berkenaan mengalami keced3raan terlebih dahulu sebelum memasuki bank.

” Justeru itu, kami menafikan kononnya berlaku kejadian romp4kan di bank berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu di media sosial sebelum mengetahui kesahihannya kerana boleh menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat.

” Mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, gambar tompokan dar4h di bank terbabit yang didakwa berlaku kejadian romp4kan hingga mengakibatkan keced3raan orang awam dimuat naik di media sosial dan tular, hari ini.

Sementara menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata warganet berasa hairan dan tertanya-tanya apa yang berlaku dengan lelaki warga emas tersebut.

” Ya Allah kesiannya malam-malam keluarkan duit dengan kaki berdar4h lagi, harap takde apa-apa yang buruk berlaku pada pakcik tuh,” komen Emy

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.