Connect with us

Semasa

Neelofa Tanya Apa Pesanan Kepada Rakyat Yang Masih DegiI, Ini Jawapan Tun M Bagi

Published

on

” Terbaik!!”

Itu reaksi ringkas dan bersahaja dari penanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza selepas pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi entri tentang temubual bersama Tun Dr Mahathir.

Sesi temubual bersama bekas perdana menteri itu turut mendapat reaksi orang ramai yang teruja mendengar kata-kata negarawan ulung tersebut yang berinteraksi secara live.

Sementara bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menasihatkan golongan yang masih berdegil dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mematuhi peraturan itu yang masuk hari kelapan hari ini.

Mahathir berkata, individu yang melanggar PKP bukan saja membah4yakan dirinya sendiri tapi juga meletakkan bah4ya wab4k Cov1d-l9 pada orang lain.

” Tolong ikut peraturan kerana ia baik untuk kamu. Kalau tak ikut, anda beris1ko jadi m4ngsa selain boleh menjangk1tkan penyak1t itu kepada orang lain.

” Kalau sudah ada penyak1t ni, ia mudah merebak ke anggota keluarga dan sebagainya. Akibatnya, mereka akan menerima nasib burvk kerana tingkah laku kamu,” katanya.

Sesi temu bual secara live dengan Neelofa

Mahathir berkata demikian sewaktu sesi temu bual secara langsung diadakan bersama Neelofa di akaun Instagram pengacara dan pelakon itu hari ini.

Dalam sesi tersebut, Neelofa bertanyakan kepada Mahathir apakah nasihat ingin diberikan sekiranya masih ada lima peratus golongan yang masih berdegil dan tidak mematuhi PKP.

PKP yang bermula pada 18 Mac lalu, pada mulanya dijadual tamat pada 31 Mac, namun dilanjutkan dua minggu lagi hingga 14 April depan.

Ditanya saranan agar Malaysia boleh bebas sepenuhnya daripada Cov1d-l9, Mahathir berkata, langkah pertama perlu dilakukan terlebih dahulu adalah dengan mendisiplinkan diri.

” Kena disiplin, kalau asyik ikut kehendak hati nanti jadi benda tak bermanfaat. Kawal perasaan, terima sekatan tak boleh keluar rumah.

” Situasi ni mungkin akan mengambil masa yang lama, tapi kalau kita kuat kawal perasaan dan nafsu, semuanya akan selesai.

” Ikutlah peraturan supaya dapat selamatkan diri, keluarga dan negara,” katanya.

Pada masa sama, Mahathir memanjatkan kesyukuran buat pegawai dan angggota barisan hadapan negara ini yang memerah segala tenaga demi membendung penularan wab4k Cov1d-l9 dengan penuh dedikasi.

” Mereka begitu dedikasi walaupun berdepan bah4ya tapi tetap sanggup jalankan kerja supaya kita semua selamat.

” Kita juga patut bersyukur negara hanya melaksanakan PKP berbanding Itali yang lebih teruk terpaksa mengawal pergerakan lebih 60 juta rakyatnya. Kita masih boleh keluar rumah jika ada perkara penting untuk dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Mahathir juga menyeru agar rakyat bijak menguruskan kewangan dengan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang dirasakan tidak perlu dan membazir.

Menurutnya, sewaktu PKP sedang berlangsung, adalah sangat wajar sekiranya perbelanjaan asas seperti makanan lebih dititikberatkan berbanding yang lain-lain.

” Perkara tak penting kita tangguhkan, tumpu perkara penting seperti makanan,” katanya.

Kredit

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.