Connect with us

Semasa

Niat Mahu Pulang Utk Ziarah Kubur Arwh Ibu. Tak Sangka Suami Dan Anak Akhirnya Dikuburkan Bersama

Published

on

” Arwh suami dan anak pulang ke kampung untuk menziarahi kubor ibu arwh memandangkan baru kali ini berkesempatan, namun tidak sangka akhirnya mereka berdua dikuborkan di sisi kubor itu,” kata Rafidah Mat Isa.

Rafidah, 36, adalah isteri kepada Allahyarham Mohd Subir Mahamad Isa, 54, serta ibu kandung kepada Muhamad Rayan Danish Abdullah, 8, yang m4ut akibat digil1s lori pembancuh simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, Taiping, 11.30 pagi semalam.

Rafidah berkata, kepulangan arwh suami serta anaknya dari kediaman mereka di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Kangsar adalah bagi menziarahi kubor ibu suaminya itu di Kampung Pauh, Sayong, Kuala Kangsar.

Beliau berkata, sejak perlaksanaan PKP bermula 18 Mac, baru kali ini arwh berdua berkesempatan pulang ke Kuala Kangsar memandangkan tahap kesihatan suaminya itu yang sering terganggu disebabkan menghidapi knser usus.

Katanya, selain menziarahi kubor, arwh suami dan anaknya pulang ke kampung bagi menguruskan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta zakat susulan tahap kesihatan suaminya yang tidak lagi mampu bekerja selain kedaifan hidupnya sekeluarga.

” Malam Ahad lalu, arwh suami ada mengatakan hayatnya sudah tidak lama susulan knser dihidapinya.

” Awal pagi tadi sewaktu arwh menghantar saya ke rumah majikan saya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 5 pagi, kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran saya.

” Malah sepanjang perjalanan dari rumah ke Sungai Ara fikiran saya ‘melayang’ sehingga terbayangkan yang dia terbabit kmIangan dengan lori, sedangkan perkara (tragedi) itu belum terjadi.

” Tidak sangka pula ia memang terjadi bahkan turut membabitkan anak kami.

” Selepas menghantar saya, arwh kembali ke Juru mengambil anak (Muhamad Rayan Danish) untuk dibawa bersama ke Kuala Kangsar.

” Arwh anak tidak tunjuk sebarang kelakuan aneh, cuma kelmarin (Sabtu) dia makan masakan saya dengan begitu berselera,”

Kebumi satu Iiang Iahad

Rafidah berkata demikian ketika ditemui selepas pengkebumian suami serta anaknya di Tanah Perkuboran Islam Kampung Pauh, Sayong, Kuala Kangsar, malam tadi.

Jnzah Mohd Subir dan Muhamad Rayan Danish selamat dikebumikan dalam satu liang pada 10.30 malam tadi selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Kepala Bendang, Sayong.

Rafidah yang bekerja sebagai pengasuh di rumah majikannya berkata, kesusahan hidup yang dikongsi bersama kedua-dua arwh menyebabkan mereka sekeluarga tidak mempunyai kereta dan hanya bergerak menaiki motosikal atau perkhidmatan e-hailing untuk ke mana-mana.

” Sebagai muslim saya reda dengan pemergian mereka, biarpun agak ralat memandangkan Muhamad Rayan Danish merupakan anak kandung tunggal saya,” katanya.

Menurutnya, arwh suaminya pernah dua kali berkahwin sebelum ini dan berpisah dengan kedua-duanya isterinya yang terdahulu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.