Connect with us

Semasa

Pasangan Asyik Bercumbu di Belakang Pasar, Tiba-Tiba Polis Datang. Ini Jawapan Mereka Beri Selepas Cuba Lari

Published

on

Pasangan kekasih yang sedang asyik berpeluk dan bercumbu dalam Proton Saga di belakang sebuah pasar raya di Lembah Impiana di sini, terkejut didatangi penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), jam 7 malam semalam.

Bagi mengelak ditahan, pasangan terbabit memecut dari lokasi namun dapat ditahan kira-kira 20 minit kemudian oleh anggota unit kereta peronda (MPV) polis.

Terdahulu, tindakan pasangan itu disedari penguat kuasa PADK yang sedang melakukan rondaan.

Sumber berkata, pemeriksaan mendapati, kedua-duanya tiada ikatan sah suami isteri atau hubungan mahram dan disyaki melakukan maks1at.

Beri alasan baru pulang makan

” Pasangan itu memberi alasan baru pulang makan dan berehat dulu di kawasan itu sementara menjelang Maghrib.

” Lelaki terbabit dipercayai menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala wanita berusia 25 tahun itu tidak bekerja. Mereka dipercayai berasal dari Kulim,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh, mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Kes disiasat mengikut Sksyen 25 Enakmen Keslahan Jnayah Syariah Kedah 2014.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

” Pasangan itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan,” katanya.

Kes berasingan, kantoi khaIwt dan beri alasan makan sate (gambar atas kecil)

Sementara itu dalam kes berasingan yang juga berlaku di Kulim, wanita dicekup berkhaIwt dengan suami orang memberi alasan hanya makan sate dalam Toyota Vios yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, di sini, malam semalam.

Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan rondaan di kawasan itu lebih dua jam sebelum pasangan itu dicekup jam 10.40 malam.

Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh berkata, terdahulu anggotanya melakukan rondaan dan ternampak kereta diparkir di kawasan gelap di situ.

Katanya, rondaan dilakukan berikutan maklumat awam yang diterima memaklumkan pasangan itu sering dilihat berdua-duaan di dalam kereta.

” Pasangan itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa PADK dan pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap seluruh kenderaan itu dipasang pelindung cahaya.

” Pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhaIwt,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun dan masih berstatus suami orang itu mempunyai tiga anak dan bekerja di sebuah syarikat utiliti di daerah ini.

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu pula baru bekerja di syarikat sama pada Februari lalu dan masih belum berkahwin.

Beliau berkata, pasangan itu memberi alasan tidak buat apa-apa cuma makan sate ketika berdua-duaan dalam kereta berkenaan.

” Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan lanjut.

” Lelaki itu dipercayai menetap di daerah ini manakala wanita itu pula berasal dari Sungai Petani dan menetap di rumah sewa di sini,” katanya.

Muhamad Suhaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, berdua-duaan di tempat gelap yang boleh menimbulkan syak kepada orang ramai adalah kesalahan berkhaIwt.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.