Connect with us

Semasa

Pasangan Ditangkap KhaIwat Lagi Dua Minggu Nak Nikah. Tak Sangka Ini Respon Siti Kasim

Published

on

Pada 17 Julai lalu, portal berita terkenal Astro Awani telah mengeluarkan artikel tentang penahanan sepasang kekasih yang ditangkap kh4lwat beberapa minggu sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Pasanagn kekasih tersebut dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan antara yang ditahan kerana berk4lwat di sebuah motel di Bedong, Kedah.

Sempat hantar borang nikah sebelum ‘check-in’

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 29 tahun itu mengaku hadir ke Pejabat Agama Daerah Sik pagi Khamis bagi menghantar borang nikah sebelum mendaftar masuk ke motel itu.

Wanita terbabit yang berasal dari Sik dan bekerja di sebuah kilang di Kulim mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya itu pada 3 Ogos depan.

” Selain pasangan ini, kami turut menahan enam lagi pasangan dalam operasi di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syeikh Radzi, operasi yang diadakan bermula dari jam 10 malam sehingga 5 pagi itu melibatkan kawasan Gurun, Bedong, Jeti Semeling, Bandar Puteri Jaya, Taman Jubli Perak, Dataran Jam Besar dan Riverfront.

Semua pasangan yang ditahan ini akan disiasat mengikut Sksyen 25 Enakmen Kesalahan Jnayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkh4lwat.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali

Reaksi Siti Kasim

Dalam pada itu, aktivis dan peguam Siti Kasim telah menulis satu posting di Facebook pada 18 Julai lalu bagi memberi pandangan beliau tentang perkara itu.

Sambil memuatnaik keratan artikel oleh Astro Awani tentang penahanan pasangan tersebut, Siti Kasim mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang menurutnya telah ‘melanggar privasi’ seseorang individu.

” Kisah Kehidupan Orang Melayu

” Kenapa segelintir orang Melayu suka hidup mereka dikawal seperti ini? Masa untuk bangkit! Apa yang anda buat secara tertutup adalah hak peribadi anda! Sekiranya anda berbuat dosa, itu antara anda dengan Tuhan.

” Anda melihat bagaimana pihak berkuasa agama ini sehingga membawa bersama pihak media semasa melakukan serbuan? Untuk apa? Untuk menghebahkannya?

” Mengapa sebagai orang Melayu kita membiarkan orang yang disebut agamawan ini mengawal dan memaksa bagaimana kita perlu menjalani hidup kita??

” Benarkan mereka menghukum kita dengan teruk apabila tidak ada mangsa? Sesiapa sahaja mahu dikawal, teruskan. Ramai di kalangan kami tidak mahu! Sudah tiba masanya kita bangkit dan mempersoalkan cara mereka.” akhiri Siti Kasim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.