Connect with us

Semasa

Pemandu Myvi Lawan Arus Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal Akhirnya Serah Diri

Published

on

Pemandu Perodua Myvi yang melawan arus hingga menyebabkan kem4tian seorang penunggang motosikal berhampiran susur masuk Jambatan Pulau Pinang, Jumaat lalu, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata lelaki berusia 35 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Bukit Mertajam pada jam 5 petang bagi membantu siasatan.

Shafee berkata, pemandu yang menetap di Kepala Batas, mendakwa dia memandu melawan arus kerana menyangka laluan itu adalah jalan dua hala.

” Ujian saringan air kencing dan alkohol yang dilakukan ke atas lelaki itu mendapati dia bebas daripada bahan terlarang malah mendakwa dia tidak mabuk ketika kmIangan terbabit.

” Lelaki berkenaan kini direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kmIangan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, Perodua Myvi yang dipandu individu tidak dikenali dikatakan merempuh dua motosikal di laluan berkenaan.

Akibat pelanggaran itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali Muhamad Hafiz Bakri, 31 meninggI dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Lim Kar Tian, 34 patah kaki kiri.

Shafee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem4tian.

Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

” Selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri.

“Ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Shafee berkata, may4t Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala.

Beliau berkata, Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Terdahulu berita tentang kmIangan itu turut dikongsikan di laman facebook Penang Kini yang meminta orang ramai berkongsi maklumat tentang kejadian itu.

” Mohon bantu admin cari ‘Pembunvh’ yang menaiki Myvi putih ini sampai dapat. No plet tak dapat cam. Sila serah diri segera kepada pihak berkuasa.

” Suspek telah melawan arus dari Jambatan PP dan merempuh secara berdepan Arwah Hafiz yang dalam perjalanan ke tempat kerja dari Kepala Batas ke Queensbay Mall.

” Suspek kemudian membelok masuk ke highway PLUS dan menghala ke Juru dalam jam 10 pagi tadi. Sila. PM admin jika ada info. Trima Kasih.” tulis Penang Kini

Sementara itu, menerusi ruangan komen juga seorang individu mendedahkan bagaimana dia sebelum itu turut dilanggar oleh pemandu Myvi yang sama.

” OMG…. saya bertempung dengan myvi tu… habis remuk bumber depan.. driver pakai mask..I am so so sorry saya tak perasaan number plat sebab terkejut tengok kereta bertentang arus… my condolences for the family”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.