Connect with us

Semasa

Menangis Minta Maaf Dengan Isteri, Penganggur Dipenjara Empat Bulan Kerana Cekik Leher Dan Maki Polis

Published

on

Sesal sahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Mungkin itu pepatah sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang juga penganggur selepas dipnjara empat bulan oleh Mhkamah Majistret di sini, hari ini.

Ahmad Rosli Ahmad Kamsah, 49, mengaku salah mencekik leher dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, 11 November lalu.

Majistret Mohamed Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukvman itu selepas Ahmad Rosli mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan ke atasnya.

Polis mahu menenangkan tertuduh yang mengamuk dan pkul isteri

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Rosli didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan Koperal Mohamed Nor Fitri Zainurin dengan mencekik lehernya mengikut Sksyen 353 Kanun Kesksaan yang membawa hukvman maksimum pnjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan ketika anggota polis terbabit cuba menenangkannya selepas mengamuk serta memukul isteri dan anaknya pada jam pada 5.05 petang 11 November lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Rosli didakwa mengeluarkan kata-kata kesat berulang kali terhadap mangsa mengikut Sksyen 509 Kanun Kesksaan yang membawa hukvman maksimum pnjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamed Ikhwan menjatuhkan hukvman pnjara empat bulan bagi setiap pertuduhan namun memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukvman secara serentak mulai tarikh dia ditangkap.

Berdasarkan fakta kes yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid, mangsa yang juga anggota polis dari bahagian peronda telah menerima maklumat terdapat satu kes seorang lelaki mengamuk yang memukul isteri serta anaknya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohamed Nor Fitri cuba menenangkan Ahmad Rosli namun tertuduh bertindak mengeluarkan kata-kata kesat selain mencekik mangsa sehingga cedera.

Ahmad Rosli yang tidak diwakili peguam merayu hukvman minimum atas alasan dia tidak bekerja dan menanggung isteri serta seorang anak.

Bagaimanapun, Hakim Amir memohon mhkamah mengenakan hukvman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh.

Sementara itu, di mhkamah berasingan, Ahmad Rosli menukar pengakuannya kepada tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memukul isteri serta anak perempuannya di tempat dan tarikh sama mengikut Sesyen 323 Kanun Kesksaan dibaca bersama Sksyen 326A knun sama yang membawa hukvman maksimum pnjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menangis minta maaf dengan isteri

Terdahulu, ketika prosiding sebelum tertuduh menukar pengakuannya, dia memohon maaf kepada isterinya sambil menangis.

Isterinya yang duduk di galeri awam kemudian mendekati Ahmad Rosli yang berada dalam kandang tertuduh dan dilihat turut menangis.

Difahamkan, tertuduh bertindak menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas berbincang dengan isterinya yang berhasrat menarik balik laporan polis berhubung kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol kemudian menetapkan 19 Januari 2021 bagi sebutan semula kes itu.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.