Connect with us

Semasa

Tiba-Tiba Penumpang Teksi Mahu Ke Tandas. Lama Ditunggu, Rupanya Ada Dlm Semak, Badan Penuh Darah

Published

on

Pernah tular sekitar tahun 2017 sehingga mencuri tumpuan warganet, kisah ini dikongsikan semula sekadar untuk memberi pedoman buat masyarakat di luar sana.

Umum mengetahui negara China mempunyai jumlah populasi penduduk paling tinggi di dunia. Dikatakan penduduk China kini dianggarkan seramai 1.4 bilion.

Maka tidak hairanlah, dengan jumlah sebegitu tinggi, kita sering mendengar pelbagai kejadian atau perkara pelik melibatkan warga negara China.

Kisah yang tular ini juga tidak kurang peliknya apabila membabitkan seorang pemandu teksi di China berdepan dengan insiden yang membuatkannya terkejut besar.

Pemandu teksi itu dikatakan telah menjemput seorang gadis berusia 15 tahun yang mahu ke hospital kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut Lobak Merah, ketika dalam perjalanan, gadis itu berkata dia mahu ke tandas.

Gadis tidak tahan, pemandu teksi berhenti tepi jalan..

Memandangkan dia sudah tidak tahan untuk ‘membuang’, pemandu teksi itu membuat keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan membiarkannya ‘melabur’ di semak.

Selepas menunggu lebih 10 minit, gadis itu masih belum kembali. Merasa seperti sesuatu yang tidak kena, pemandu teksi itu berjalan menuju ke bahagian semak untuk mencarinya.

Bagaimanapun, semakin dekat dia dengan kawasan semak, dia terdengar suara tangisan bayi.

Dia kemudian terjumpa gadis itu namun sangat terkejut melihat badan dan tangan gadis tersebut dipenuhi dar4h. Dan terdapat seorang bayi baru Iahir berada di sebelahnya!

Rupa-rupanya, gadis muda itu mengandung dan ingin segera ke hospital kerana mahu meIahirkan.

Separuh jalan, dia sudah tidak boleh tahan kes4kitan yang dirasainya, jadi dia telah meIahirkan bayi itu sendiri di dalam semak.

Pemandu itu segera meminta bantuan daripada pihak polis di mana mereka kemudian memaklumkan kepada ambulan tentang ibu dan bayi yang perlu dihantar ke hospital.

Sehingga kini, gadis itu masih enggan mendedahkan identiti bapa kepada bayi tersebut serta mengunci mulut daripada memberitahu tentang maklumat peribadi diri serta keluarganya.

Pihak polis dilaporkan masih menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Lahirkan anak ketika berdiri di tepi jalan

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, juga berlaku di China sekitar tahun 2017,  satu rakaman video yang tular memaparkan detik-detik seorang wanita yang meIahirkan anak ketika berdiri di tepi jalan.

Media tempatan melaporkan, wanita itu meIahirkan anaknya ketika berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas membeli barang dapur.

Video itu menunjukkan wanita itu membongkok di tepi jalan dengan kainnya dipenuhi dar4h. Beberapa saat kemudian, bayi dilihat bergerak-gerak di kakinya.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya mampu melihat wanita itu meIahirkan anaknya seorang diri.

Selepas melihat bayi itu terbaring di atas jalan, beberapa wanita datang memberi bantuan dan menghubungi ambulans.

Apabila ambulans tiba, seorang jururawat membantu wanita itu duduk dan memeriksa bayinya sebelum membalut kanak-kanak itu dengan kain.

Saksi berkata, jururawat memujuk wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi dia enggan.

Selepas berehat, wanita itu dilihat berjalan kaki pulang ke rumah sambil mendukung bayinya dan menjinjing beg plastik mengandungi barang dapur yang dibelinya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.