Connect with us

Semasa

Penyanyi Terkenal Syahrini Mengaku Dia Dan Suami Kerap Mandi, Belum Sempat Kering Dah Mandi Lagi

Published

on

Kisah perkahwinan penyanyi popular Indonesia, Syahrini dan Reino menjadi tumpuan media kerana pasangan berkenaan membuat keputusan berkahwin secara tertutup pada 27 Februari 2019.

Namun selepas sah menjadi suami isteri, pasangan ini sering berkongsi sebarang aktiviti mereka di laman sosial.

Meskipun sudah lebih setahun berkahwin, namun Syahrini tidak segan untuk menunjukkan kemesraan bersama suami.

Sementara itu menerusi satu wawancara, Syahrini mengakui dia dan suami, Reino Barack lebih kerap mandi kebelakangan ini.

Perkara itu dikongsi oleh Syahrini ketika menjadi tetamu jemputan SCTV, baru-baru ini.Dalam program tersebut, pengacara iaitu Raffi Ahmad bertanyakan beberapa soalan peribadi kepada pasangan ini.

” Siapa di rumah yang paling kerap mandi,” tanya Raffi Ahmad.

Tanpa berselindung, penyanyi lagu Seperti Itu? ini mengakui dia dan suami memiliki perangai yang sama.

” Kami berdua sama kerap mandi… kerap mandi kerana sekarang lagi p4ndemik!

” Kemana-mana pergi, kami akan mandi kerana takut. Belum kering dah mandi lagi,” jawabnya.

Mendengar jawapan Syahrini itu, Raffi hanya tertawa dan bersetuju bahawa mandi itu merupakan kewajiban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

” Mandi itu memang wajib ya, tambah pula dalam pandemik begini,” kata Raffi.

Menurut laporan Liputan6, Syahrini berkata dia dan Reino membersihkan diri kerana bimbang dengan penularan virus COVlD-19.

Kisah perkahwinan Syahrini dan Reino trending

Suami Syahrini, Reino sebelum itu diketahui umum merupakan kekasih kepada pelakon terkenal, Luna Maya.

Luna dan Reino menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum hubungan itu berakhir dengan perpisahan.

Sehubungan itu, Syahrini berkata, tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana pernikahannya dengan Reino berlangsung atas dasar cinta serta mendapat restu keluarga.

” Saya single, dia single, apa salahnya? Saya tidak mengambil suami orang kerana dia single.”

Itu penegasan penyanyi popular Indonesia, Syahrini sebagai menepis dakwaan segelintir pihak yang dia telah merampas lelaki bernama Reino Barack daripada wanita lain.

” Sebagai manusia, tidak mampu mengelak kalau ini (perkahwinan) sudah menjadi ketentuan Allah.

” Jadi, meskipun jutaan manusia tidak menginginkan pernikahan ini, tetapi Allah ingin, pasti terjadi,” ujar Syahrini dalam sidang media di Jakarta baru-baru ini.

Pasangan pengantin itu juga memilih untuk menamatkan zaman bujang di Masjid Camii, Tokyo, Jepun.
Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai artis terkenal di Indonesia, pernikahan penyanyi ini menjadi bahan perbincangan hangat di laman Twitter.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.