Semasa
Pergelangan Tangan Putus, Ibu Terlantar Sakiit Hanya Mampu Saksi Anak Perempuan Dibuunuh Penyamun


” Saya ingat kakak kena karan (arus letrik), saya terus telefon ayah,” kata Siti Nur Syuhada Ismail, 15, adik kepada, Siti Nur Surya, 19, yang maut dipercayai dibunvh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.
Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Telemong berkata, dia mengesyaki sesuatu berlaku pada kakaknya apabila wanita berkenaan tidak menjawab panggilannya selepas habis waktu persekolahan.
” Rutin kakak menjemput saya pulang dari sekolah tetapi selepas mendapati kakak tidak ada di perkarangan sekolah, saya rasa hairan dan menghubunginya beberapa kali.
” Saya syak sesuatu berlaku selepas kakak tidak menjawab panggilan telefon dan segera berlari pulang ke rumah yang terletak lebih satu kilometer.
” Sebaik tiba di perkarangan rumah saya lihat pintu terbuka dan segera masuk sebelum melihat kakak tertiarap di depan televisyen di ruang tamu dengan pergelangan tangan kirinya puutus.
” Saya segera menghubungi bapa, Ismail Muda, 58, memberitahu kakak kena karan pergelangan tangan kiri puutus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Bapa sudah agak anak dibunvh
Sementara itu, Ismail berkata, ketika dalam perjalanan pulang, dia sudah mengagak Siti Nur Surya dibunvh kerana pergelangan puutus.
” Ketika anak telefon, saya sedang bekerja di Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, kira-kira lima kilometer dari rumah. Saya sudah agak ada orang masuk rumah dan bunvh anak saya,” katanya.
Menurutnya, dia menjangkakan kejadian itu berlaku sebelum jam 10 pagi, kerana bubur nasi yang dibeli anak tidak terusik dan lampin pakai buang basah bermakna belum ditukar.
Dia yang menjalankan perniagaan pasir dan tanah berkata, kebiasaannya, anak lelaki, Mohd Zaid Azroi, 28, akan pulang ke rumah menghantar bubur nasi jam 8 pagi dan keluar semula ke tempat kerja selepas selesai sarapan.
” Saya agak kejadian ini berlaku sebaik anak lelaki keluar rumah untuk kembali ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi,” katanya.
Ibu terlantar saakit saksi kejadian
Dia yang tinggal di kampung berkenaan sejak lima tahun lalu berkata, Siti Nur Surya dipercayai bergelut dengan perompak terbabit sebelum dibunvh manakala isteri, yang menghidapi saakit kanser otak dan terlantar di katil hanya mampu melihat kejadian itu.
Katanya, hanya wang perbelanjaan harian sebanyak RM400 dan wang milik arwah dianggarkan RM2,000 serta dua telefon bimbit miliknya yang disimpan dalam beg tangan hilang.
” Saya anggarkan wang arwah sebanyak itu kerana sejak menjaga ibunya (terlantar saakit), saya beri saguhati kepadanya RM100 setiap bulan,” katanya.
Katanya, dia tidak mengesyaki sesiapa yang melakukan kejadian menyayat hati itu dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.
Sementara itu abang mangsa, Mohd Zaid Azroi berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.
” Adik (Siti Nur Surya) dibunvh k3jam dengan beberapa kesan (tik4man) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putuus pergelangan tangan kiri.
” Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar saakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi saakit kanser otak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jnayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Katanya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.
” Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang