Connect with us

Semasa

Pernah Lari Dari Kem Dan Mengadu Sering Ditumb0k, Anggota ATM Maut Selepas Cuba Bnuh Diri

Published

on

Berita tentang seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaporkan meninggI dnia selepas didakwa cuba membunvh diri mengejutkan orang ramai, hari ini.

Allahyrham Abdul Aziz Aznam, 20, meninggI dnia semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, selepas didakwa terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di sini, pada 29 Ogos lalu.

Namun, tidak berapa lama berita itu tersebar, seorang ahli keluarga tampil menceritakan perkara sebenar

Menurutnya, Allahyrham pernah mengadu kepada keluarganya pipi digosok dengan berus besi dan sering kali ditumb0k.

Sumber berkata, terdapat parut di wajah mngsa selain berkeadaan tidak terurus ketika dia pulang ke rumah keluarganya di Ipoh Perak Januari lalu.

Lari dari kem tidak tahan di ragging

” Parut luka berkenaan dipercayai akibat digosok dengan berus besi dan mngsa didakwa sering kali ditumb0k ketika berada di kem.

” Arwh lari dari kem sebab tak tahan kena ‘ragging’ dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus.

” Arwh ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan lebam-lebam lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Allahyarham secara suka rela pulang semula ke kem berkenaan pada 28 Ogos dan sehari kemudian dilaporkan keadaan kritikal.

” Ahli keluarga sudah menasihatkan mngsa supaya pulang semula ke kem dan dia pun suka rela melakukannya.

” Arwh dihantar ke kem berkenaan dan waktu itu keadaan kesihatannya baik dan sempurna.

” Keesokan harinya, kira-kira 3 pagi saya dan ahli keluarga dihubungi seorang pegawai tentera yang memaklumkan Allahyarham jatuh dari bangunan tingkat tiga di kem.

” Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pada jam 12 tengah malam mngsa dibawa ke hospital kerana mengalami keced3raan par4h di bahagian kepala dan dada serta dalam keadaan kritikal,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga bergegas ke ICU HSNI dan mngsa dilaporkan par4h di kepala dan dada.

” Ahli keluarga terus membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan mengharapkan pihak ATM bertanggungjawab untuk membuat tindakan lanjut.

” Ahli keluarga meminta pihak hospital membuat laporan perubatan yang telus ke atas mngsa yang dipercayai dibuli, dera dan berlaku khianat ketika mngsa berada di kem tentera berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai, berkata pihaknya akan mendapatkan kesahihan dakwaan keluarga bahawa si m4ti berkemungkinan dibuli dan didera semasa di dalam kem sebelum kejadian

” Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mngsa meninggI dnia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang.

” Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kem4tian mngsa,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.