Connect with us

Semasa

Pesalah Tiba-Tiba Rebah Dan MeninggaI Dunia Selepas Hakim Jatuhkan Hukum. Punca Kematian Didedahkan

Published

on

” Sebaik-baik yang menghakimi hambanya adalah Allah. Siapa kita nak menghukum, Alfatihah untuk arwah…Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman”

Itu antara komen warganet apabila seorang pesalah narkotik pengsan selepas hakim membacakan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya disahkan meninggI dunia, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, pesalah dikenali sebagai Hadirun, 42, yang ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk penghakiman.

Bagaimanapun, sebaik hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya, lelaki berkenaan tiba-tiba rebah sehingga mengejutkan petugas mahkamah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, pihak polis mahkamah kemudiannya segera menghubungi pihak ambulans untuk tindakan segera.

MeninggaI disebabkan serangan jantung

Katanya, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

” Orang Kena Tahan (OKT) ini disahkan meninggI dunia pada jam 12.06 tengah hari dan kem4tiannya dipercayai disebabkan serangan jantung.

” Kes diklasifikasikan sebagai kem4tian mengejut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, OKT berasal dari Buton, Indonesia dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Ddah Berbhaya 1952.

Katanya, mahkamah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan diarahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas hukuman selesai untuk pengusiran.

Reaksi warganet

Semenrara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan pesalah yang meninggI dunia.

” Jangan orag salahkan hakim sudah…..izrail memang dah tunggu waktu yang tepat…tidak kurang sesaat dan tidak lebih sesaat” komen Izhar

” Better buat 1 Akta, pastikan OKT yg dalam urusan bicara pastikan dalam keadaan sihat sebelum dibicarakan. Bukan ape, takut jadi isu lain. Kena pulak keluarga kayangan, ko siap kes saman lain pulak. Salam takziah buat seluruh keluarga arwah.” komen Anep

” Sepatut nyaa hakim periksa kesihatan tertuduh dulu baru jatuhkan hukum, apa tidak ketukan kuat membuat dia terperanjat mana tau dia ada penyakit jantung” komen Ekudz.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.