Semasa
Pilu Baca Al-Quran di Sisi Jnazah. Lelaki Berhenti Lihat KmIangan, Terduduk Rupanya Mngsa Adalah Insan Disayangi


Suasana sebak disaksikan orang ramai dalam satu kjadian kmIngan m4ut apabila seorang lelaki dilihat duduk bersila sambil membaca al-quran di sisi jnzah.
Foto yang tular di media sosial itu lantas membuat orang ramai terasa sayu dan hiba, namun turut meninggalkan persoalan dalam kalangan orang ramai- apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu?
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, lelaki yang sedang duduk bersebelahan mangsa dan motosikal itu adalah Roslan Ramlan, 54 bapa mentua kepada mangsa kemalangan berkenaan, Muhammad Zulhilmi Razali, 26.
” Walaupun saya tahu dia telah meninggI dnia, mulut saya tetap mahu mengajarkan dua kalimah syahadah selepas duduk bersila di sisinya, selain bacaan ayat suci al-Quran,” luah Roslan.
Keluar bersama-sama untuk pergi kerja
Roslan yang juga bapa mentua mngsa kmIangan m4ut, Muhammad Zulhilmi, sebelum itu keluar rumah bersama-sama dengan menaiki motor berasingan untuk pergi ke tempat kerja masing-masing.
” Saya berada di belakang dia dan merancang berhenti singgah di kedai berdekatan untuk bersarapan, namun mungkin Allah telah gerakkan hati untuk membatalkan niat itu dan meneruskan perjalanan.
” Kira-kira lima minit selepas itu saya ternampak kmIangan dan berhenti untuk melihat keadaan mngsa dan sangat terkejut apabila melihat mngsa yang terlibat adalah menantu saya sendiri,” katanya ketika ditemui di sebuah tanah perkuburan Islam di Bukit Duyong, di sini sebentar tadi.
Utusan sebelum ini melaporkan, Muhammad Zulhilmi meninggI dnia selepas motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki merempuh bahagian hadapan sebuah Perodua Myvi dipandu wanita berusia 38 tahun di Jalan Bukit Katil, pagi tadi.
Baru berkahwin, menantu seorang yang berakhlak tinggi
Mngsa yang baru mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu turut meninggalkan seorang balu dan bayi perempuan berusia 10 bulan.
Terdahulu, suasana sebak Roslan terduduk bersila membaca ayat suci al-Quran di sisi jenazah di tempat kejadian sempat dirakamkan oleh orang ramai dan tular di Facebook.
Sementara itu, ujar Roslan lagi, Muhammad Zulhilmi adalah seorang menantu dan juga suami kepada anaknya yang berakhlak tinggi dan amat menyayangi isteri serta keluarganya.
” Arwah sekeluarga tinggal bersama-sama saya dan isteri, jadi kami memang memuji sikapnya yang tidak pernah meninggi suara kepada isteri, membantu anak perempuan saya ke dapur memasak, mencuci pinggan, melipat baju dan sebagainya.
” Saya sudah menganggap Zulhilmi ini seperti darah daging saya sendiri dan pemergiannya ini adalah satu kehilangan yang pastinya dirindui selalu,” katanya sebak.
Sementara itu, isteri mngsa, Nor Hazliza Roslan, 24, yang masih dalam keadaan terkejut atas pemergian suaminya mengetahui kmIangan itu ketika sedang menyusukan anak mereka selepas mendapat panggilan telefon daripada bapanya.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang