Connect with us

Semasa

Polis Pengiring Menteri Maut KmIangan Pulang Brtugas, Ini Luahan Rina Harun “Saya Anggap Dia Macam..”

Published

on

Berita sedih diterima kalangan anggota PDRM apabil seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas, m4ut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur awal pagi ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur (KL), ACP Dzulkefly Yahya, dalam kejadian 2 pagi itu, Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain, 28, yang merupakan pengiring peribadi di sebuah kementerian, ced3ra par4h di leher selepas terbabas dengan sendiri ketika menunggang motosikal.

” Mngsa yang merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL dipercayai hilang kawalan semasa menunggang motosikalnya dan melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan yang mengenai lehernya sehingga menyebabkan kem4tian,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dzulkefly berkata kem4tian mngsa disahkan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selain menemui kesan Iuka yang dalam di lehernya.

Proses bed4h siasat masih berjalan dan siasatan dibuat mengikut Sksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sumber itu berkata, mngsa kemudiannya dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di sini untuk pengebumian.

Jnzah Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain, 28, selamat dikebvmikan pada pukul 2.30 petang di Tanah Wakaf Perkubvran Islam, Kampung Paya Jakas, Jementah di sini.

Menurut sumber keluarga terdekat, Shahrul Azwan yang merupakan pengawal pengiring kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat terlibat dalam kmIangan ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas.

Ini pula luahan Datuk Seri Rina Harun

Sementara itu, Datuk Seri Rina Harun turut meluahkan rasa sedih pemergian Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain juga merupakan pengawal pengiringnya yang sangat komited dan penuh berdedikasi.

Katanya menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau sudah menganggap Allahyarham seperti adik yang sentiasa mahu memastikan keselamatan dirinya seperti seorang kakak.

” Luluh, sedih dan pilunya hati ini mendapat khabar duka, insan yang sentiasa ada disisi menjaga keselamatan saya telah pergi menemui Maha Pencipta pada awal pagi ini..

” Pengawal Pengiring saya, Allahyarham Shahrul Azwan Abd Sain adalah pegawai yang komited dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

” Sepanjang perkhidmatannya dengan saya, Allahyarham sudah saya anggap seperti adik yang sentiasa mahu memastikan keselamatan diri saya seperti seorang kakak.

” Walaupun sukar untuk menerima kenyataan ini, saya harus reda dengan ketentuanNya kerana hidup kita di dunia ini hanyalah sementara..

” Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang beriman di Syurga Firdausi..Aamiin Ya Rabb..

” Al-Fatihah” akhiri Rina.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.