Connect with us

Semasa

Rakaman Dua Helikopter Terhempas Di Taman Melawati. Dua Dilaporkan M4ut Dan Ini Punca Sebenar Kejadian

Published

on

Media sosial dikejutkan dengan rakaman video sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan terkini, sekurang-kurangnya dua dilaporkan m4ut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada 11 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan kejadian itu.

” Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam.

” Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian),” katanya.

Sementara itu Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampira Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.

Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mngsa.

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mngsa, dua lelaki dan dua perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.

Berikut adalah kenyataan Pengarah Bomba Selangor, Tuan Norazam Kamis

” Bomba telah menerima panggilan pada jam 11.47 pagi dan dimaklumkan bahawa dua helikopter telah terhempas di Taman Melawati berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Tamil.

” Kita telah menghantar dua jentera, hasil siasatan awal kita mendapati 4 mngsa terlibat dan tidak melibatkan orang awam kerana terhempas di kawasan lapang berhampiran taman.

” Menurut saksi orang awam yang menyaksikan kejadian itu, helikopter tersebut seolah-olah berlanggar sesama sendiri dan itu yang dimaklumkan di peringkat awal oleh saksi yang berada di situ.

” Sekarang kita telah berjaya mengeluarkan keempat-empat mngsa tersebut dan dalam proses untuk mengenal pasti identiti mereka.

” Daripada empat mngsa terlibat, dua mngsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

” Kita telah menempatkan beberapa anggota di tempat kejadian bagi menghadapi apa-apa kemungkinan.

” Kita juga telah memastikan penduduk di kawasan sekitar agar tidak mendekati kawasan kejadian. Trak bomba juga dalam keadaan tersedia sekiranya berlaku apa-apa kebakaran,” jelas Norazam.

Update terkini

Helikopter yang terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini,dipercayai bertembung dengan sebuah helikopter lain ketika sedang membuat ujian penerbangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

” Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

” Terdapat empat mngsa termasuk seorang wanita. Dua mngsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggI dnia.

” Dua mngsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian. Katanya, m4yat mngsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.