Connect with us

Semasa

Rakaman Lelaki Tolak Isteri Keluar Dari Kereta, Polis Ceritakan Punca Sebenar Kejadian

Published

on

Seorang penganggur berusia 31 tahun ditahan polis di Jalan Patani, Georgetown, hari ini, kerana disyaki bergadvh dan menolak keluar isterinya dari kereta sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video itu, wanita berusia 26 tahun terbabit dilihat hampir terjatuh dari kereta yang dipandu suspek.

Kereta itu juga dilihat dipandu secara berbahaya ketika pintu penumpang terbuka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada 7.45 malam itu, suspek yang menaiki Suzuki Swift bergaduh dengan isterinya ketika melalui Jalan Megazine.

Katanya, pergadvhan itu menyebabkan pintu bahagian penumpang hadapan terbuka sehingga mngsa terkeluar dan hampir terjatuh dari kereta.

” Suspek kemudian menolak mngsa keluar daripada kereta dan meninggalkan wanita itu di jalan raya ketika sampai di Jalan Dr Lim Chwee Leong.

” Mngsa yang juga pekerja kilang dan ibu kepada seorang anak itu dibantu orang ramai sebelum membuat laporan polis pada 10 malam.

” Wanita terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mulut akibat dipukvl suami,” katanya hari ini.

Soffian berkata, susulan penahanan suspek pada 12 malam tadi, polis merampas kereta yang dipandu lelaki berkenaan.

Rupanya kerana masalah keluarga

Siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan masalah keluarga.

” Didapati suspek mempunyai satu rekod jnayah lampau berhubung kes d4dah.

” Saringan ujian air kncing terhadap suspek didapati negatif daripada pengambilan d4dah dan suspek ditahan bagi siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengec4m tindakan lelaki terbabit kerana boleh menyebabkan kehilangan ny4wa.

Malah orang ramai turut menasihati suspek agar menyelesaikan segala permasalahan mengikut saluran betul sekiranya berasakan tidak dapat lagi menerima isteri.

” Pesanan pada orang lelaki yang dah kawin kalau tak mampu bela nak bagi makan anak orang bagi la balik pada ibu bapanya..jangan dok buat mcm tu..mak ayah dia pun tak buat dia mcm tu” tulis Izhar

Sementara itu terdapat juga wanita berkongsi kisah pernah melalui pengalaman hampir serupa.

” Ramai sangat jantan macam ni zaman sekarang…. panas baran kekadang pasal benda kecik pon nak marha2… pengalaman diri sndri pernah gado nak kne tinggal tepi jln.. kena tumb0k sep4k terajang” tulis Mieza

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.