Connect with us

Semasa

Rakaman Suara Mirip Dr Mahathir Pula Tersebar, “Saya Pun Tak Suka DAP, Anwar”

Published

on

Satu rakaman suara yang dipercayai suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula tular di laman sosial, hari ini.

Rakaman tersebut tular sehari selepas Tun M mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH),

Difahamkan rakaman tersebut diambil daripada mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lalu.

Menerusi audio tersebut, lelaki berkenaan yang dipercayai Pengerusi Bersatu itu kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat tersebut.

Antara keputusan itu adalah ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar dairpada PH pada 23 Februari.

Selain itu, lelaki itu turut menyatakan bahawa beliau tidak suka kepada DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya pun tak suka kepada DAP, Anwar”

” La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan… (dan) satu cadangan lagi yang datang daripada saya (mirip suara Dr Mahathir) ialah kita tunggu (dan) fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.

” Jadi, saya nak tahu sama ada kita nak keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from Umno is so fickle (sokongan daripada Umno adalah berubah-ubah). Kalau bagi masa sikit saja dia (Umno) nanti suka kat saya.

” Jadi, tak ada kelainan cuma saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu, tapi semua itu soal masa saja nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini,”

Demikian kata lelaki berkenaan dalam rakaman tersebut sebelum kedengaran suara lain bersetuju agar tindakan diambil pada hari tersebut.

Semalam, Dr Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya memaklumkan parti Bersatu masih bersama PH, selain mendakwa keputusan membabitkan parti tersebut dibuat secara bersendirian oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, segala keputusan diambil Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, tidak melalui parti tersebut.

Sebelum ini, satu rakaman audio yang didakwa mirip suara Muhyiddin turut tersebar di internet.

Muhyiddin pada 24 Februari lalu mengumumkan Bersatu keluar daripada PH melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti berkenaan sehari sebelum itu.

Pada hari sama, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh atas alasan partinya tidak lagi bersama PH, sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.