Connect with us

Semasa

Rakan Rider Foodpanda Dipukvl Pelanggan Tampil Ceritakan Hal Sebenar. Rupanya Lelaki Itu Adalah

Published

on

Beberapa hari lalu tular video seorang penghantar makanan dipukvl oleh pelanggan yang menarik perhatian ramai.

Tampil mengulas kejadian itu, rakan kepada mngsa (rider) telah berkongsi di Facebook beliau menceritakan kejadian sebenar.

Berikut adalah perkongsian beliau yang menggunakan akaun ‘Pakteh E Akaun Baru’;

” Tadi aku menemani sahabat rider Saudara Muzammil Abdullah aka Zam (Foodpanda) membuat laporan polis setelah beliau dipukvl dengan seorang pelanggan di sebuah homestay di Taman Seri Impian, Alma, Bukit Mertajam.

” Tak tahu apa punca setelah sampai didepan rumah, si pelanggan tu terus keluar dari rumah (homestay) lalu m4ki h4mun dengan perkataan k3sat bermain sentimen perk4uman terhadap Zam.

” Ada insiden dimana pelanggan membuang duit dilantai. Kemudian terus memukvl Zam dibahagian badan dan menuju pula ke muka.

” Sahabat kami masih rasional tapi bila pelanggan meluru ke arah motor dia dan ‘tauk’ barang-barang didalam motor, Zam mula b3rang dan memberi tindak balas sebab motorsikal itulah punca dia mencari rezeki untuk keluarga.

” Saudara Zam juga memohon supaya perkara ini tidak menjadi isu perk4uman kerana bukti rakaman CCTV dibawah telah diberikan pemilik homestay yang juga berbangsa Cina.

” Pemilik homestay simpati dan menyuruh sahabat kami ini membuat laporan polis dan membawa rakaman video CCTV sebagai bukti.

” Alhamdulillah report polis dah dibuat dengan kerjasama yang amat baik.

Rupanya pelanggan juga adalah…

” Rupanya kami juga dapat tahu pelanggan yang sama juga telah viral (mengamvk) baru-baru ini di Tesco Alma.

” Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebab dah DUA kes dia buat pasai. Tak kena orang naya balik.

” Kami mohon semua rakyat Malaysia yang prihatin sama-sama bangkit menolak perbuatan macam ni tak kira Melayu, Orang Asli, Cina, Iban, India Kadazan dll.

” Semua orang nak hidup aman harmoni cuma ada segelintir yang giIa yang perlu ditentang habis-habisan. Apa-apapun kami minta janganlah layan rider macam ni.

” Banyak isu dah rider-rider macam kami teraniaya. Kami cuma nak cari makan dengan cara halal dan berkat.

” Kerja penghantar makanan nielah wasilah kami sara kehidupan, bantu famili dan lain-lain lagi…

” Pada sahabat-sahabat rider yang ingin bersolidariti bersama kami membuat kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan di Positive Riders Crew.

” Positive Riders Crew adalah inisiatif sekumpulan riders dari pelbagai syarikat (Grabfood, Foodpanda, Bungkusit, DeliverEat, Mula, FoodNextDoor dll rakan delivery) dinegeri Pulau Pinang khususnya dan Utara Malaysia umumnya.

” Ia bertujuan untuk bersolidariti bagi menjayakan dan mengajak rakan-rakan rider untuk turut serta ke program seperti Pengajian Agama, kerja dakwah, kebajikan, kemanusiaan, rekreasi dan apa-apa program yang memberi impak positif kepada masyarakat”, tulisnya.

Sumber: fb Pakteh E Akaun Baru

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.