Connect with us

Semasa

Ramai Pelajar Tahfiz Positif COVlD-19 Tapi Tak Tunjuk Sebarang Simptom – Dr Noor Hisham

Published

on

Lebih dua per tiga pelajar sekolah agama diuji positif Covid-19 tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti virus berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Setakat ini, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan dan mengambil sampel daripada 12,384 orang yang mempunyai kaitan dengan 370 sekolah tahfiz dan sekolah agama.

Daripada semua pelajar, guru dan kakitangan institusi itu yang disaring setakat ini, katanya, KKM 635 orang atau 5.1 peratus adalah positif.

” Sebanyak 539 daripada yang positif itu tidak menunjukkan sebarang simptoms virus (sebelum diuji).

” Ini bermakna 84.9 peratus daripada kes berkenaan adalah asimptomatik,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod KKM menggunakan pendekatan ujian bersasarkan pada semua sekolah madrasah di seluruh negara.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengesan sebanyak mungkin kes positif dengan menguji kumpulan yang mereka anggap berisiko tinggi.

Noor Hisham turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes asimptomatik dan berkata, ia turut menambah risiko penularan virus daripada kumpulan terbabit.

” Kebimbangan KKM ialah semasa musim perayaan ini, kalau pelajar-pelajar tahfiz (yang asimptomatik) pulang ke kampung […] besar kemungkinan boleh menjangkiti warga emas yang terdedah kepada pelajar tersebut,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan agar orang ramai terus mematuhi nasihat KKM bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan, termasuk selalu mencuci tangan, memakai pelitup muka dan tidak bersalam, bercium-ciuman.

Noor Hisham juga berkata KKM bercadang untuk melakukan ujian ke atas semua pelajar dan kakitangan sekolah agama atau tahfiz tanpa mengambil kira keadaan kesihatan mereka.

Pada masa sama, katanya, mereka yang pulang ke kampung diminta untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah terdekat, klinik atau hospital secepat mungkin untuk dilakukan ujian saringan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.