Connect with us

Semasa

Suami Hadiahkan Reban Ayam Buat Isteri Sempena Hari Lahir, Terkejut Dapat Perhatian Menteri Agama

Published

on

” Hari ni besday wife saya. Sebab kedai banyak yang tutup dan kami duduk kampung, jadi hadiah besday tahun ni ialah reban ayam..dan kek buat sendiri.. lilin pon tak cukup satu heheh. Happy birthday syg.”

Itu perkongsian seorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya kerana tidak boleh ke mana-mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular di laman sosial.

Mohd Nazri Ismail, 40-an, berkata, pada tahun ini dia mahu memberi kelainan dan turut membuat kek sendiri sempena hari lahir isterinya, Rashidah A Rahman.

Bercerita lanjut, kata Mohd Nazri, dia tinggal di Felda Sungai Koyan Dua, Raub Pahang, kedudukan rumahnya agak jauh dari bandar.

” Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.

” Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dapat perhatian Menteri Agama

Terdahulu, kisah pasangan ini yang tular di media sosial menarik perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli menyifatkan kesungguhan menzahirkan kasih itulah hadiah yang paling berharga dan mendoakan pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.

” Kesungguhan menzahirkan kasih itulah hadiah yang paling berharga. Moga berbahagia hingga ke syurga.” tulis Dr Zulkifli.

Bercerita kepada Sinar Harian, Mohd Nazri yang bertugas di kapal dagang berpangkalan di Dubai berkata, dia tidak kekok untuk memasak kerana ketika berada di atas kapal, sudah biasa berbuat sedemikian.

” Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.

” Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak,” ujarnya.

Selain memasak, sepanjang aktiviti PKP, Mohd Nazri juga akan berkebun dan membawa bapa mentua ke klinik kesihatan untuk menjalani rawatan dialisis.

Menurut Mohd Nazri, dia sepatutnya berada di Cairo atas tuntutan kerja bagaimanapun pada hematnya keluarga lebih penting semasa PKP dan rezeki boleh dicari.

Perkongsian Nazri turut mendapat pujian warganet yang kagum dengan idea alternatif beliau demi membahagiakan isteri.

” Menitis air mata saya baca ni. Apa sahaja hadiah tak kira mahal atau murah itu sudah menunjukkan kasih sayang dan perhargaan yang tidak berbelah bagi buat pasangan. Saya doakan supaya beliau dan kita semua dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin.” tulis Eddy

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.