Connect with us

Semasa

Susulan Kes Datuk Seri DicuIik Dan Dibunvh, Rupanya Suspek Utama Adalah Rakan Baik Sendiri

Published

on

Dalang utama penjenayah yang menculik dan membunvh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dikenal pasti sebagai rakan baik mngsa bergelar Datuk.

Sumber berkata, suspek utama dan mngsa saling mengenali sebelum ini dan menjalin urusan perniagaan.

” Berdasarkan maklumat awal, mngsa ada berhutang dengan Datuk itu membabitkan jumlah wang yang besar sebelum ini.

” Bagaimanapun wujud masalah (pinjaman) menyebabkan suspek utama merancang dan mengupah beberapa individu untuk menculik mngsa berusia 55 tahun itu pada 10 Jun lalu dipercayai bagi mendapatkan wangnya kembali,” katanya.

Dalam kejadian 9 pagi semalam, m4yat ahli perniagaan itu ditemui dibuang di lereng bukit di hutan Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang di sini.

Mangsa sebelum itu diculik tujuh individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh sebelum dikurung di sebuah rumah di Taman Kosaso, Rawang.

Difahamkan, suspek menuntut wang tebusan bernilai dolar Singapura (S$) 50 juta (RM154 juta) daripada ahli keluarga mngsa.

Perbuatan suspek berusia 30-an hingga 50-an terbongkar hasil soal siasat dijalankan selepas mereka ditahan menerusi beberapa serbuan di sekitar Selangor sejak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan ke atas suspek membawa kepada penemuan may4t mngsa di kawasan belukar di lokasi berkenaan.

” Mangsa yang juga pemaju hartanah diculik ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

” Keluarga menyedari kehilangan mngsa pada tengah hari pada hari sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang meminta wang tebusan S$50 juta.

” Berikutan itu keluarga mngsa melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya selepas mengetuai siasatan di sebuah rumah dipercayai digunakan suspek untuk menyembunyikan mngsa di Taman Kosaso, semalam.

Fadzil berkata, hasil risikan dan siasatan, pihaknya menahan suspek termasuk dalang utama yang dikenali mngsa pada serbuan berasingan di sekitar Selangor bermula jam 11 pagi kelmarin.

Katanya, soal siasat ke atas suspek mendapati mngsa m4ti selepas tiga atau empat hari diculik sebelum m4yatnya dicampak ke belukar.

” Kami ke lokasi kejadian dan m4yat mngsa ditemui dalam keadaan sudah mereput,” katanya.

Gambar suspek berbaju biru (dua dari kiri) dan berbaju kuning (dua dari kanan)

Difahamkan, polis turut menemui makanan dan pakaian mngsa di dalam beg plastik di lokasi m4yat mngsa dicampakkan.

M4yat mngsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk b3dah siasat.

Katanya, lima daripada suspek direman lima hingga tujuh hari bermula semalam dan dua lagi suspek masih dalam proses permohonan reman.

Polis masih menunggu laporan b3dah siasat bagi mengetahui punca sebenar kem4tian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365, Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3, Akta Culik 1961.

Difahamkan, mngsa sebelum ini amat dikenali dalam kalangan ahli perniagaan dan pernah mengadakan sambutan hari lahir besar-besaran di sebuah hotel mewah.

Malah, seorang daripada anaknya berusia 20-an pernah menghadiahkan mngsa sebuah kereta mewah, Rolls-Royce.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.