Connect with us

Semasa

‘Hasil Siasatan Dan Kita Dapati..’ – Kenyataan Terbaru KPN Pasal Vdeo Asri Janggut Mengejutkan Ramai

Published

on

Genap sebulan vdeo pembongkaran kewujudan beberapa premis juudi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang mencetus perhatian luar biasa orang ramai.

Malah vdeo yang ditularkan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bukan hanya mendapat perhatian masyarakat tetapi pihak berwajib termasuk menteri yang memanggilnya ke pejabat.

Pihak yang secara langsung terbabit dengan vdeo itu pula kemudian menjalankan operasi besar-besaran yang disifatkan orang ramai seperti ‘membalas dendam’.

Akibatnya ramai peniaga kecil lain turut terkena tempiasnya meskipun pada awalnya ramai yang memuji Asri Janggut kerana keberaniannya mendedahkan perkara itu.

Pada awal pendedahan vdeo itu juga, pihak polis lantas menafikan tiada tindakan tegas diambil terhadap premis juudi terbabit, malah satu laporan polis juga telah dibuat ke atas Asri kerana menurut mereka vdeo tersebut adalah fitn4h.

Kenyataan terbaru KPN

Sementara itu dalam kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan terdapat beberapa fakta tidak tepat dikenal pasti menerusi vdeo ditularkan Asri Janggut itu.

Abdul Hamid berkata, hasil siasatan dan laporan yang diserahkan kepadanya oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) menunjukkan tiada laporan membuktikan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terbabit dalam kegiatan berkenaan.

” Saya sudah teliti laporan itu dan beberapa perkara dibangkitkan dalam vdeo itu kurang tepat.

” Penguatkuasaan kegiatan juudi oleh IPD Sungai Buloh itu dilakukan dengan giatnya, namun ada beberapa kelemahan dikenal pasti dalam kalangan anggota namun ia bukan kelemahan besar,”

Abdul Hamid berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Tiada anggota dan pegawai yang hidup mewah

Menurutnya lagi, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh (Superintendan Shafa’aton Abu Bakar) juga didapati menjalankan peranan dengan baik.

” JIPS berpuas hati dengan hasil siasatan dan kita dapati tidak ada anggota dan pegawai yang hidup mewah, memiliki kekayaan luar biasa atau diberikan ganjaran dan rasuah.

” Saya juga ambil kira beberapa kesulitan warga PDRM di Sungai Buloh antaranya bangunan pejabat di situ bertaraf balai,” katanya.

Beliau berkata, mereka didapati kerja dalam serba kekurangan terutama membabitkan tempat kediaman.

” Hanya 11 pegawai dapat menduduki kuarters kediaman di kawasan berkenaan manakala yang lain di merata-rata tempat.

” Saya faham kekangan saya faham kekangan anak buah saya dan akan jalankan siasatan seadilnya,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.