Connect with us

Semasa

Selamba Bagi Lelaki Masuk Rumah, Pasangan Kantoi Berkhalwat. Bila Disiasat Rupanya Wanita Ini Sering..

Published

on

” Kalau gaduh dengan adik pun, keluar pi tempat lain banyak lagi..dah satu hal kena tangkap basah plak..kantoi plak perempuan tu…tobat hang rasa menyesal kan..”

Demikian antara komen warganet selepas seorang lelaki memberi alasan tak masuk akal ketika dicekup berkhaIwat dengan pasangannya.

Terdahulu, lelaki tersebut memberi alasan hanya singgah untuk berehat di rumah rakan wanitanya kononnya tidak tahan bergaduh dengan adiknya di rumah.

Bagaimanapun, lelaki berusia 26 tahun itu dicekup berkhaIwat dengan pasangannya berusia 23 tahun oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dalam serbuan 12.25 tengah malam tadi di sebuah rumah di Taman Jati, Kulim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggotanya yang diketuai Azwan Azman melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dilakukan di rumah berkenaan.

” Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu dipercayai bersembunyi dalam bilik ketiga di tingkat atas rumah itu sebelum keluar selepas diarahkan.

” Pemeriksaan kemudian mendapati, pasangan itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau ikatan sah suami isteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, lelaki itu memberi alasan yang dia memberitahu keluarganya hendak menumpang tidur di rumah rakan lelakinya di sekitar Kulim.

Sering keluar dengan ramai lelaki lain

Bagaimanapun, katanya, ketika soal siasat, lelaki itu memberi alasan singgah di rumah wanita itu dahulu untuk berehat.

” Namun hasil maklumat awam yang diterima, lelaki itu datang ke rumah wanita terbabit sejak petang semalam.

” Selain itu, maklumat awam yang diterima juga mendapati, wanita itu sering keluar dengan ramai lelaki lain,” katanya.

Berikutan itu, Radzi berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jnayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhaIwat.

Katanya, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

” Kembalilah ke jelan Allah semoga Allah merahmati kita semua dan bertaubat lah sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dan sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segalanya” tegur netizen

Hmetro 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.