Connect with us

Semasa

Selepas Didapati Bersalah, Najib Dijatuhi Hukvman Pnjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Published

on

Semua mata tertumpu kepada perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Selepas didapati bersalah, ramai tertanya-tanya apakah hukvman bakal menanti beliau.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukvman p3njara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertudvhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertudvhan pengubahan wang har4m dan satu pertudvhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendkwaan diketuai Timbalan Pendkwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Mhkamah tolak permohonan Najib untuk..

Terdahulu, mhkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukvmannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertudvhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

” Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima,” katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukvman diteruskan hari ini.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mhkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendkwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertudvhan selepas mhkamah mendapati pihak pendkwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertudvhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mhkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Najib pertama kali dihadapkan ke Mhkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertudvhan CBT dan satu pertudvhan menyalahgunakan kedudukan.

Seterusnya pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mhkamah Sesyen atas tiga pertudvhan pengubahan wang har4m membabitkan wang sama.

Semua kes itu kemudian dipindahkan ke Mhkamah Tinggi dan dibicarakan bersama.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.