Connect with us

Semasa

Selepas Ramai NGO Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Isu Transgnder, Ini Jawapan Bijak Dr. Zulkifli

Published

on

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri  yang memberi ‘lesen penuh’ kepada penguatkuasa JAWI untuk bertindak terhadap golongan tr4nsgnder mendapat kecaman beberapa NGO.

Meskipun kenyataan Dr Zulkifli tidak menyebut atau mengarahkan golongan tersebut terus ditangkap, namun beberapa pihak dilihat masih tidak berpuas hati.

Susulan itu, Dr Zulkifli berkata beliau bersedia mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membincangkan isu golongan I3sbian, g a y, bis3ksuaI dan tr4nsgnder (L G B T).

Katanya beliau menerima banyak jemputan daripada NGO yang mahu mengadakan dialog bagi membincangkan isu-isu berkaitan golongan itu.

” Saya juga akan lakukan lawatan ke program-program yang dikolaborasi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan NGO untuk bersama-sama berdialog dengan rakan sahabat tr4nsgnder,” katanya kepada pemberita selepas program Musaadah COVID-19 di Kampung Sena Rendang, hari ini.

Sebanyak 200 penerima daripada golongan B40 menerima bantuan barangan keperluan bernilai RM20,000 pada program itu.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata JAWI tidak pernah menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap golongan tr4nsgnder sepertimana didakwa Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Bagaimanapun, menurutnya golongan tersebut perlu mematuhi batasan dalam masyarakat, keluarga dan kejiranan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan majmuk.

” Apa yang saya nak tekankan di sini ialah kita (penguat kuasa) bukan bersifat semua orang kita nak tangkap …itu bukan kerja kita.

” Insya-Allah kita akan adakan dialog perbincangan untuk kita sama-sama mencari titik persamaan dan kebenaran,” katanya.

Zulkifli berkata undang-undang negara sedia ada cukup bagi menangani isu LGBT.

Ambiga luah rasa kurang senang

Terdahulu Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) mengecam kenyataan Menteri Agama itu yang memberikan “lesen penuh” kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk bertindak terhadap tr4nsg3nder.

” ICJ meminta menteri untuk membatalkan arahan itu dengan segera dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan perlindungan yang sama dan tiada diskr1minasi terhadap semua orang di Malaysia, termasuk golongan L G B T.

” Berbanding memastikan hak asasi dan martabat semua orang dihormati dan dilindungi, menteri melalui kenyataannya telah melakukan perkara yang bertentangan dengan mengambil tindakan tehadap golongan tr4nsg3nder.

” Menteri mengabsahkan gangguan, diskr1minasi dan kekerasan terhadap komuniti tr4nsg3nder,” katanya lagi.

Siti Kasim juga bersuara

Sementara aktivis dan peguam Siti Kasim turut mempersoalkan kenyataan Dr. Zulkifli menerusi satu hantaran di Facebook,

” Rakyat tr4nsgender Malaysia. Yang dok sibuk dengan rakyat makny4h yang langsung tak kacau kehidupan kamu apa hal?

” Pak Menteri agama tolonglah… Tolong rakyat Muslim yang miskin dan daif boleh tak? Makny4h tak ada kacau pon hidup orang macam kamu. Melayu macam kami tak kacau pon hidup kamu.

” Boleh tak let God punish us if we have sin? You’re not appointed by God. Thank you very much.” tulis Siti Kasim.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.