Connect with us

Semasa

Senarai 101 Kontrak Hanya Kantoikan PN? Fahmi Ucap Terima Kasih Kepada Zafrul Sebab ‘Jaring Gol’ Sendiri

Published

on

Terkini, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana mendedahkan senarai 101 kontrak kerajaan yang diberikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) melalui rundingan terus.

Menurut Fahmi, langkah diambil senator terbabit sebenarnya menyukarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri dan boleh diibaratkan seperti menjaringkan gol sendiri.

” Saya nak ucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul kerana telah membantu merungkaikan masalah yang ada pada hari ini.

” Dia seperti orang kata (menjaringkan) own goal atau tembak kaki sendiri dengan mendedahkan senarai 101 projek yang didakwa diberikan secara rundingan terus dan bernilai RM6.61 bilion,” katanya.

Fahmi ditemui media selepas turun berkempen menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) malam tadi.

Terdahulu pengarah komunikasi PKR itu diminta mengulas tindakan Tengku Zafrul mendedahkan senarai penuh 101 projek runding terus selepas didesak PH semalam.

Ketika PH dikecam atas kenyataan Tengku Zafrul sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri mengakui amalan memberikan kontrak secara runding terus tidak bercanggah dengan undang-undang.

Cuma kata Abdul Rahim, langkah tersebut bercanggah dengan manifesto PH.

Tindakan Zafrul kantoikan PN?

PH pula sebaliknya menegaskan daripada keseluruhan kontrak yang dikendalikan sepanjang tempoh 22 bulan menjadi kerajaan, hanya 1.4 peratus saja diberi melalui runding terus, manakala 98.6 peratus lagi secara tender terbuka.

Tender secara runding terus hanya diberikan dalam kes tertentu terutama membabitkan aspek keselamatan negara dan ketenteraan.

Fahmi berkata berdasarkan senarai semua 101 projek dibentangkan Tengku Zafrul, terbukti hampir 72 peratus – atau lebih RM4.475 bilion daripada RM6.6 bilion yang didakwa itu – diluluskan sebelum BN dikalahkan dalam pilihan raya umum 2018.

” Jadi, kalau banding yang lain kita nampak satu keadaan yang memilukan dan memalukan untuk PN.

” Saya jangkakan malam tadi mungkin panggilan bertalu-talu dibuat kepada Tengku Zafrul oleh rakan-rakan PN.

” Cuma saya tidak rasa mereka mengucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya secara berseloroh.

Zafrul kata tak salah runding terus

Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini menegaskan bahawa tindakan mengumumkan senarai projek-projek perolehan kerajaan secara runding terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dibuat atas dasar mendokong ketelusan.

Sehubungan itu, beliau berkata isu berkenaan tidak wajar untuk dipolitikkan.

” Tiada salahnya melakukan rundingan terus bagi projek terbabit mengikut Seksyen 6 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972). Selain itu, terdapat dasar berkaitan yang membolehkan justifikasi bagi rundingan terus itu.

” Bagi saya, ini cuma fakta dan menggambarkan apa yang ditandatangani berdasarkan data (surat lantikan atau surat setuju terima (LOA) yang dimeterai) yang kita ada di Kementerian Kewangan (MoF)… ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.