Connect with us

Semasa

Seorang Bapa Diheret ke Mahkamah Atas Tuduhan Merog0I Anak Kandung Baru Habis Pantang

Published

on

Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini, atas tud0han merog0I dan cuba merog0I anak kandungnya yang baharu selesai berpantang pada bulan lalu.

Tertudvh berusia 54 tahun membuat pengakuan itu selepas tiga pertudvhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertudvhan pertama dan kedua, tertudvh yang memiliki empat anak didakwa merog0I anak perempuannya yang berusia 21 tahun pada 30 dan 31 Mei lalu di rumah pada 9 malam.

Bagi pertudvhan ketiga, tertudvh didakwa cuba merog0I mngsa sama di rumah sama pada 9 malam, 1 Jun lalu.

Bagi setiap pertudvhan itu, tertudvh didakwa mengikut Seksyen 376B dan 511 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun bersama sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala tertudvh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norharniza Rusli.

Mohd Izham kemudian meminta tertudvh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan dia berpotensi mengganggu mngsa berikutan mereka tinggal serumah bersama mngsa dan saksi utama lain.

Selain itu, perbuatan tertudvh dikatakan sebagai tidak berperikemanusiaan kerana mngsa adalah anak bongsu serta baharu selesai berpantang selepas melahirkan anak.

Bagaimanapun, Norharniza meminta mahkamah membenarkan tertudvh diikat jamin berikutan kes berkenaan masih tersenarai mengikut jadual pertama Kanun Keseksaan yang membenarkan jaminan diberi.

Selain itu, mahkamah dimaklumkan tertudvh akan tinggal di rumah ibu saudaranya di negeri lain, sekiranya dia dibenarkan diikat jamin.

Ainul Shahrin kemudian memutuskan tertudvh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin dan perlu melapor diri di Balai Polis Kuala Ketil setiap minggu.

Tertudvh juga tidak dibenarkan untuk mendekati mangsa dan ahli keluarga pada jarak sekurangnya 200 meter dan dilarang berhubung dengan mereka termasuk melalui perbualan melalui telefon.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Julai ini, untuk serahan laporan lengkap perubatan.

Sementara itu polis terdahulu menahan suspek berusia 54 tahun di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Difahamkan, suspek turut mengugut mahu menced3rakan bayi wanita berusia 20 tahun berkenaan jika permintaannya tidak dituruti.

Wanita berkenaan yang bimbang dengan ugutan itu terpaksa merelakan tindakan bapanya selain suami mngsa tidak berada di rumah mereka.

Mangsa bagaimanapun bertindak membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perbuatan bapanya yang memaksa dia melakukan amang s3ksual.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.