Semasa
Seorang Peguam Nekad Ambil Tindakan Saman Terhadap Kerajaan Hari Ini. Puncanya Didedahkan


Mengejutkan apabila seorang peguam hari ini, memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.
Saman itu difailkan Syed Iskandar Syed Jaafar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.
Melalui saman pemula itu, plaintif antara lain menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.
Plaintif juga menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Plaintif turut menuntut relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah tanpa sebarang perintah kos.
Pada Ahad lalu, Al-Sultan Abdullah memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman COVID-19.
Baginda berpendapat kerajaan sekarang berjaya menangani wabak itu dengan baik dan berkesan.
Undang-undang sedia ada sudah cukup menangani isu Covid-19
Terdahulu, penolakan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan undang-undang sedia ada sudah cukup menangani isu Covid-19 dan kemelut politik.
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kuasa darurat itu lebih besar berbanding undang-undang sekarang dan Baginda melihat sekiranya pengisytiharan darurat dibuat maka kuasa undang-undang akan jatuh ke pihak eksekutif iaitu Perdana Menteri dan Kabinet.
” Sekiranya negara dalam keadaan terganggu gugat membabitkan soal ekonomi, keselamatan dan juga keamanan maka Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh mengisytiharkan darurat.
” Tetapi apabila Perdana Menteri dan kabinet memohon darurat baginda tolak atas alasan keadaan belum capai ke tahap sesuai pengisytiharan darurat kerana apa yang dilakukan kerajaan sekarang ini mencukupi untuk menangani Covid-19,” katanya.
Nik Ahmad Kamal berkata, Baginda mungkin mendapatkan pandangan pihak ketiga dan bukan semata-mata mendengar pandangan Perdana Menteri.
” Menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan menyebut Baginda akan mengisytiharkan darurat sekiranya berpuas hati dan tidak disebut Baginda mesti mendengar nasihat Perdana Menteri serta kabinet,” katanya.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang