Connect with us

Semasa

Seramai 115 Ilmuan PhD Sokong Kepimpinan Muhyiddin. Sekali Siti Kasim Sebut Pasal ‘JiIat’

Published

on

Seramai 115 ilmuan berkelulusan PhD daripada universiti tempatan mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyeru sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 profesor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah kanan daripada 21 universiti awam (IPTA) dan empat universiti dan kolej universiti swasta (IPTS).

” (Kami) menyeru supaya semua golongan rakyat memberi penghormatan dan sokongan penuh kepada kerajaan semasa yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri untuk mengemudi negara sehingga dikembalikan mandat untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengikut peruntukan ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

” Menyeru supaya semua pihak akur kepada sistem politik Malaysia yang berteraskan kedaulatan Raja-Raja, keluhuran perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta menghentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara,” kata kenyataan itu hari ini.

Mereka juga meminta semua pihak mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan, melaksanakan urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan khususnya identiti nasional yang berlandaskan identiti Melayu-Muslim, dipatuhi setiap masa.

Selain itu, mereka menyeru semua parti politik yang membentuk kerajaan semasa bergabung secara rasmi dalam Perikatan Nasional (PN) manakala barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) membentuk Kabinet bayangan sendiri bagi memainkan peranan semak dan imbang.

” Kenyataan media ini dibuat dan dikumpulkan secara sukarela oleh kami semua hanya dalam tempoh tiga hari sahaja atas kesedaran tinggi kami bahawa suara golongan seperti kami mampu mencorakkan hala tuju negara di saat kita sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.

” Besarlah harapan kami agar suara kami ini dipandang berat oleh semua pihak yang berkenaan mahupun oleh seluruh rakyat kerana di belakang kami terdapat ratusan lagi Ilmuwan PhD IPT Malaysia menyokong kuat usaha kami tanpa mahu mendedahkan nama mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, persoalan lanjut yang mungkin berbangkit daripada kenyataan bersama itu boleh diajukan kepada jurucakap mereka, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong dari UKM, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah dari UniSZA dan Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dari UIAM.

Sementara itu, Kok Seong ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kenyataan itu berkata, mereka menyokong kerajaan yang ada, itu dari satu segi namun lebih penting lagi adalah mereka prihatin terhadap kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara.

Siti Kasim beri reaksi ini

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, aktivis dan peguam Siti Kasim telah membuat satu hantaran dengan merujuk kepada keratan perkara di atas.

” Pemegang PhD yang dihormati,

” Pertama, saya tidak pasti mengapa perlunya anda melakukan ini. Saya hanya boleh katakan sokongan ini hanyalah untuk ‘jilat’, kipas PM sekarang dan kerajaannya. Adakah anda fikir dengan sokongan PhD anda akan meningkatkan Muhyiddin di mata orang ramai?

” Warganegara yang lebih arif telah lama mengesyaki kualiti pemegang PhD di Malaysia. Kita mempunyai ramai bakat yang diketepikan dan kemudian diambil oleh negara lain.

” Di banyak negara, para ahli akademik sama ada dari universiti awam atau swasta tidak berpihak kepada mana-mana parti dan menghormati ia sepenuhnya seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Perbelanjaan mereka bergantung kepada pembayar cukai.

” Dan kemudian kita lihat para “cendekiawan” ini berbaris untuk mendapatkan tempat dalam ‘gravy train’ (gravy train adalah pepatah menggambarkan peluang, lubuk, kepentingan). Sekadar menyebut ‘kontrak sosial’ yang jelas menunjukkan kepada kita ‘gravy train’ mana yang anda lalui.” tulis Siti Kasim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.