Connect with us

Semasa

Sering Minta Wang Guna Nama Rosmah, Saksi Mula Ceritakan Satu Persatu Apa Yang Rizal Lakukan

Published

on

Terkini, pembantu Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor sering meminta wang daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings), Saidi Abang Samsudin menggunakan nama isteri bekas Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan Saidi ketika ditanya peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah pada perbicaraan kes rasu4h yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu di Mhkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menjawab soalan Akberdin, sama ada sepanjang tempoh projek, Rizal sering minta wang daripada beliau menggunakan nama Rosmah, Saidi menjawab: “Ya.”

Akberdin: Rizal sering ingatkan kamu untuk bayar sumbangan poIitik yang dijanjikan pada Rosmah?

Saidi: Ya

Akberdin: Rakan perniagaan anda, Rayyan Radzwill Abdullah pernah memberi nasihat supaya berhati-hati dengan Rizal kerana sering menyalahgunakan nama Rosmah untuk mendapatkan duit daripada kamu?

Saidi: Tidak

Pada perbicaraan itu juga, Saidi turut mengesahkan bahawa Rizal meminta beliau mengeluarkan RM5 juta dan menyerahkannya kepada Lawrence di Pavilion.

Akberdin: Arahan itu datang daripada Rizal?

Saidi: Betul

Akberdin: Bila arahan itu diberikan?

Saidi: Tarikh kurang ingat

Sementara itu, Saidi turut memberitahu mhkamah sumbangan poIitik yang ditawarkan kepada Rosmah adalah sebagai menghargai bantuan Datuk Seri Najib Razak kepada Jepak Holdings berikutan kejayaan syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak daripada Kementerian Pendidikan (KPM).

Bagaimanapun, memandangkan Najib sentiasa sibuk, beliau menyalurkan sumbangan itu kepada Rosmah bagi tujuan kestabilan poIitik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Akberdin: Selepas sampaikan niat kamu kepada Rizal, kamu minta beliau aturkan pertemuan dengan Rosmah?

Saidi: Betul

Rosmah berdepan tudvhan meminta RM187.5 juta dan dua tudvhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta, daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

Bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.