Connect with us

Semasa

Satu Malaya Kecoh Sbb Unfollow Menantu. Rozita Akhirnya Buka Mulut, ‘Kalau Bercerai Jugak Kenapa’

Published

on

” Saya tak follow Ida (Shahida) kecoh satu Malaya masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sempitnya cara berfikir.. Sedap bergosip penghilang stres ya…”

Itu luahan ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang berang apabila ada pihak cuba melaga-lagakan hubungannya dengan menantu, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Rozita berkata, dia pelik apabila saling tidak mengikuti laman sosial masing-masing menjadi isu perdebatan netizen sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka.

Tak follow tak bermaksud gadvh

” Seronok bergosip? Nak tahu saya gadvh dan salahkan menantu… Dia tetap anak menantu saya sampai Jannah, dalam Islam tiada istilah ‘unfollow’ masuk ner4ka.

” Saya tak pernah burukkan Ida dan tak campur dunia luar. Ingat ayat saya satu saja, dia (Ida) tetap menantu saya hingga akhir hayat dan ibu pada cucu saya.

” Saya tak follow tak bermaksud saya gadvh, saya penat dihakimi oleh netizen.

” Jangan tanya saya unfollow, saya malas dan tidak mahu tengok semua anak-anak saya di media sosial.

” Semak otak je! Jangan soal perkara tidak cerdik, tak menguntungkan, tak perlu menyibuk fasal mereka untuk saya ulas,” katanya di Instagram.

Menurut Rozita, antara sebab dia tampil bersuara kerana sudah penat dan tidak tahan dengan sikap netizen yang cuba menyibuk hal rumah tangga orang hingga membabitkan dirinya.

” Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penat, kalau orang lain unfollow, berc3rai tak berc3rai bagai orang tak berminat dan tak ada nak tahu sangat.

Kalau berc3rai juga kenapa?

” Persoalannya dapat apa? Kalau berc3rai juga kenapa? Nak kahwin dengan Kri atau nak kahwin dengan Ida?

” Suka nak menghiina biar mereka lemah semangat ke? Bab Kri dengan Ida, saya pun terpalit sama. Saya tak bersalah dalam hal ini.

” Pernah nampak saya gaduh dengan orang lain maki hamun di media ke? kalau dengan orang tak pernah, takkan dengan Ida saya nak gaduh.

” Posting saya semua di Instagram dianggap sindir Ida? Saya orang tua yang matang setakat ini okey. Berhentilah jadi penyibuk! Dia sangat baik dengan saya sampai sekarang.

” Menghiina orang sedap, sebab tak kena kat diri kita kan. Cuba kena pada diri sendiri… Esok lusa kita tak tahu takdir sendiri. Kita tak pernah jumpa, tak kenal, hanya di media saja.

” Ada peluang ke nak jumpa kita ini untuk minta maaf. Akhirat bukan main-main tempatnya,” tulisnya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan isu pergolakan rumah tangga Alif dan Shahida yang menjadi perbualan hangat netizen apabila mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Rozita pula dilihat unfollow menantunya seakan-akan memberi bayangan ada krisis dalam perhubungan mereka.

Dalam masa sama, Aliff turut mengakui hubungan rumah tangganya sedang dilanda masalah apabila memuat naik surat permohonan cer4i di laman sosial baru-baru ni.

Bagaimanapun, dia memilih untuk berdiam diri mengenai perkara itu memandangkan tuntutan cer4i berkenaan dibuat oleh isterinya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.