Connect with us

Semasa

Sidang Parlimen Disingkatkan, Dr. M Mula Naik Angin “Apa Jenis Kerajaan Ni?”

Published

on

Dr Mahathri Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewa dan marahnya selepas kerajaan hari ini memutuskan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung lebih singkat berbanding jadual awal.

Kata bekas perdana menteri itu, tindakan menyingkatkan sidang berkenaan kepada hanya beberapa jam berbanding sehari mengikut rancangan awal dilihat sebagai cubaan untuk menghalang beliau bercakap.

Kata Mahathir, beliau tidak dibenarkan bersuara walaupun atas kapasitinya sebagai ahli Dewan Rakyat.

” Jangankan sebagai orang ramai (orang awam), ahli dewan pun tak boleh bercakap dalam Dewan (Rakyat). Jadi, apa jenis kerajaan ini, yang mana ahli dewan tak boleh bercakap.

” Ada sidang berlangsung pun tak boleh bersuara, sehingga kita menjadi sebuah kerajaan yang sebenarnya tidak sah,” katanya dalam kenyataan melalui video yang dimuat naik di media sosial beliau hari ini.

Terdahulu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan pihaknya menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, selaku ketua Majlis Dewan Rakyat.

Menurut Mohamad Ariff, Muhyiddin memberitahu kerajaan memutuskan tiada sidang diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah diraja pada pagi 18 Mei ini.

Keputusan itu sekali gus menggagalkan cubaan Mahathir membawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul berkenaan sebelum ini diterima oleh Mohamad Ariff.

Beliau memberitahu Katanya, keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan wabak Covid-19 di negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Lapan hari pun tak diberi

Asalnya kerajaan menetapkan sidang Dewan Rakyat berkenaan – yang pertama sejak kerajaan Perikatan Nasional dibentuk – diadakan selama sehari.

Dengan keputusan terbaru itu, sidang akan ditangguhkan selepas Agong menyampaikan titah diraja.

Kata Mahathir biasanya selepas Agong menyampaikan titah ia akan dibahaskan dan kemudian diundi untuk diterima. Namun katanya dengan ketetapan terbaru itu kelaziman berkenaan tidak lagi berlaku.

Justeru kata ahli parlimen Langkawi itu perjalanan dewan sebegitu tidak menepati syarat yang sepatutnya.

” Sekarang saya diberitahu, walaupun speaker bersetuju untuk saya membawa suatu usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, sekarang kita tak boleh membahaskannya pada satu hari itu.

” Usul-usul kerajaan juga tidak akan dikemukakan.

” Jadi apa dia mesyuarat ini? Untuk kita cuma dengar ucapan kerajaan melalui Yang di-Pertuan Agong. Ini bukan mesyuarat parlimen. Dan kita lambat-lambatkan persidangan ini.

” Apabila kita minta untuk (diadakan sidang dewan) lapan hari pun tak diberi,” katanya lagi.

Tambah Mahathir, jika tiada sidang parlimen diadakan secara rasmi selepas 60 hari selepas kali terakhir ia diadakan, maka penubuhan kerajaan yang berkenaan tidak menepati undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada pakar perundangan untuk menentukan sama ada sidang sehari dilakukan kerajaan PN pada 18 Mei ini sah mengikut peraturan.

Sementara itu seorang peguam, Rafique Rashid Ali, berpendapat hujah Mahathir itu adalah tepat dari segi perundangan.

Katanya, apabila seorang ketua Majlis Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanya selepas beliau mengetahui wujud undi tidak percaya terhadapnya maka secara langsung bermaksud perdana menteri terbabit mengelak daripada undi tidak percaya.

” Justeru, secara automatik perdana menteri sudah tahu dia tidak ada cukup bilangan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan berasingan malam ini.

Menurut Rafique lagi Malaysia mencontohi model sistem parlimen Westminster dan sesebuah kerajaan mesti mendapat kepercayaan bagi menjadi pentadbir.

” Dengan menolak untuk menghadapi ujian berkenaan, perdana menteri dianggap tidak mendapat sokongan majoriti,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.