Connect with us

Semasa

Speaker Baru Nak Mula Sidang Dengan Bacaan Doa, Tiba-Tiba Idris Haron Bangun. Sidang Dun Melaka Kecoh

Published

on

Sidang DUN pertama Melaka untuk tahun ini tamat lebih awal daripada jangkaan, hanya setengah jam setelah ia bermula pada pukul 9.30 pagi ini.

Sidang itu berakhir setelah perbalahan antara bekas ketua menteri Idris Haron (Sungai Udang-Umno), speaker Omar Jaafar dan beberapa adun PH.

Insiden bermula ketika speaker ingin memulakan sidang dengan bacaan doa, apabila Idris bangun dan memberitahu Omar bahawa beliau tidak layak untuk berada di kerusi speaker kerana tiada sokongan majoriti ahli DUN.

Menurut seorang wartawan media kerajaan yang menyaksikan insiden itu, Idris menuduh Omar membuat keputusan menolak usul oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali (Lendu-Umno) untuk menyingkirnya daripada kedudukan speaker, atas dasar kepentingan peribadi.

Untuk rekod, hanya media milik kerajaan yang dibenarkan membuat liputan sidang pagi ini, sementara wartawan dari organisasi media lain dilarang berada di ruang yang diperuntukkan kepada media untuk mengikuti perjalanan sidang.

Berdasarkan beberapa rakaman video insiden itu yang diberikan oleh timbalan speaker Dr Wong Fort Pin, tindakan Idris itu kemudian mencetuskan perbalahan dengan beberapa adun PH menggesa speaker agar mengarahkan Idris keluar dewan.

Menurut bekas ketua menteri Adly Zahari (Bukit Katil-PH), Idris juga membaling buku garis panduan sidang dun terhadap Omar ketika insiden itu.

Omar kemudian mengarahkan sidang ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Ketua Umno Melaka dilantik PN jadi speaker DUN

Sementara itu, Adun Perikatan Nasional (PN) hari ini berkumpul semula dan meneruskan sidang dewan undangan negeri (DUN) tanpa kehadiran wakil pembangkang.

Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia, Ab Rauf Yusoh sebagai speaker yang baru.

Ia berlaku hanya kira-kira satu jam selepas sidang DUN ditangguhkan oleh speaker yang dilantik semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Omar Jaafar, ekoran perbahasan panas mengenai usul mengetepikan beliau.

Menurut wartawan media kerajaan yang dibenarkan membuat liputan sidang berkenaan melalui siaran langsung dari bilik berasingan sidang itu bermula dengan Adun Rim (Umno), Ghazale Mohamad, bertindak sebagai pemangku speaker.

Beliau kemudian memulakan proses mengundi bagi mendapatkan speaker yang baru.

” Seramai 16 Adun mengundi menyokong pencalonan Rauf sebagai speaker yang baru,” kata wartawan berkenaan.

Untuk rekod, hanya media kerajaan dibenarkan membuat liputan sidang hari ini, manakala selain daripada agensi terbabit dilarang.

Pada jam 10 pagi tadi, Omar menangguhkan sidang DUN hanya selepas 30 minit berlangsung apabila berlaku perbalahan di antara beliau dengan bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Umno-Sungai Udang) dan beberapa Adun PH.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.