Connect with us

Semasa

Suami Tak Puas Hati Pavithra Tak Sebut Nama Dia. MBI Tampil Jelaskan Kenapa Pavithra Je Dpt Anugerah

Published

on

Semalam media sosial dikejutkan dengan berita tentang seorang suami yang juga pasangan Youtuber sensasi ditahan poIis.

Pada awalnya warganet belum tahu siapa Youtuber tersebut, meskipun ada yang sudah dapat agak ia membabitkan Sugu Pavithra.

Selepas beberapa ketika, portal berita The Star paling awal menyebut kejadian tersebut melibatkan suami kepada Pavithra, yang juga Youtuber masakan popular masa ini.

M. Sugu disyaki menced3rakan isterinya, Pavithra itu menggunakan senj4ta berbah4ya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Menurut sumber, pasangan itu bert3ngkar di parkir Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ia dipercayai selepas Pavithra tidak menyebut nama suaminya, Sugu ketika menerima satu anugerah dipercayai anugerah 100 ikon Anak Bandar Raya Ipoh baru-baru ini.

100 ikon Anak Bandar Raya Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Terdahulu S. Pavithra telah disenaraikan sebagai individu pertama di antara 100 ikon Anak Bandar Raya Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Anak kelahiran Buntong berusia 28 tahun itu menerima pengiktirafan tersebut selepas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di YouTube.

Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengiktirafan itu diberi kepada anak kelahiran Ipoh yang berjaya menempa nama di peringkat negara dan antarabangsa.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan bahawa pengiktirafan ikon Anak Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada S. Pavithra tidak mempunyai kaitan dengan suaminya, M. Sugu.

Pavithra asal Ipoh, suami pula asal Kuala Kangsar

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd. Syahrizal Azmi berkata, status ikon itu hanya boleh diberikan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak sahaja.

” Pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada Pavithra seorang sahaja kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh.

” Ia sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan MBI atas jasa dan pencapaiannya selama ini.

” Manakala suaminya, Sugu bukan asal Ipoh, sebaliknya, berasal dari Sungai Siput, Kuala Kangsar,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Jelasnya lagi, pengiktirafan status ikon itu melibatkan penerima individu sahaja dan bukan diberikan kepada Sugu Pavithra yang merupakan jenama saluran YouTube kendalian pasangan suami isteri berkenaan.

Semalam, M. Sugu ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Sksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letvpan dan S3njata Bah4ya 1958.

Suspek dipercayai mabvk dan telah memukvI isterinya selepas tidak dapat bertemu dengan adik isterinya.

Seorang jururawat juga mendakwa terlihat seorang lelaki mabvk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Saluran YouTube Sugu Pavithra yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri berketurunan India itu mendapat perhatian ramai dengan perkongsian video-video masakan dalam bahasa Melayu dan mendapat perhatian Perdana Menteri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.