Connect with us

Semasa

Susulan Insiden Kubur Berdrah, Pihak Polis Akhirnya Beri Kenyataan Ini Tentang Apa Sebenarnya Berlaku

Published

on

Kira-kira 2 bulan yang lalu, seluruh negara kecoh dengan video tular mengenai sebuah di kubur di Alor Setar, Kedah mengeluarkan cecair seakan drah.

Malah video tersebut yang diletak tajuk ‘Kubur Berdrah’ telah mendapat liputan meluas pihak media yang mahu mengetahui apa sebenarnya terjadi.

Kejadian tersebut juga telah mendapat perhatian Jabatan Mufti Kedah yang datang melihat sendiri dan meminta semua pihak agar menunggu siasatan polis selesai.

Rupanya perbuatan khianat

Terbaru, pihak polis tidak menolak kemungkinan insiden kubur berdrah di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga pada September lalu ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Malah, polis mengesahkan cecair merah yang ditemui di kubur berkenaan adalah cecair campuran dengan bahan berminyak dan bukannya drah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, hasil ujian ke atas cecair merah itu mendapati ia bukan drah sebaliknya campuran bahan yang menjadikannya seolah-olah drah.

Katanya, cecair itu berkemungkinan diletakkan oleh individu tertentu yang dikaitkan dengan perbuatan khianat.

” Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja individu nakal.

” Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Muhammad Azlee Abdullah menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Ketua Polis Kedah baharu, Senior Asisten Komisioner Zakaria Harun.

Muhammad Azlee berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah selama 18 bulan sebelum bersara wajib hari ini.

Media pada 20 September lalu, melaporkan kisah kubur berdrah yang tular di laman media sosial sehingga mengundang andaian yang boleh mengaibkan jenazah yang baharu dikebumikan dua minggu.

Berikutan itu, jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis berkaitan video dan kisah yang tular itu untuk disiasat.

Malah Imam Masjid Al Irfan, Derga, Abdul Hadi Awang terpaksa tampil menjelaskan sifat dan keperibadian sebenar arwah bagi mengelak pelbagai andaian yang boleh mengaibkan jenazah.

Katanya, dia juga berharap keluarga arwah bersabar dan bertenang kerana ia sudah menjadi kes polis.

” Arwah ni orang yang baik-baik dan baru dikebumikan kira-kira tiga minggu lalu dan meninggI dnia ketika berusia 70-an akibat sakit tua.

” Sepanjang hayatnya, arwah banyak melakukan amal jariah dan kebajikan di masjid ini tapi apabila berita yang ditular tidak tepat, saya sedih dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al Irfan, di sini hari ini.

” Saya minta cukuplah, berhenti tular cerita ini. Cuba bayangkan yang meninggI itu bapa atau abang kita, mungkin kita pun sedih.

” Sekarang musim hujan, mungkin ada orang siram minyak bagi rumput mati kita tak tau, biarlah polis siasat, kami jemaah masjid serah pada polis,” katanya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.