Connect with us

Semasa

Susulan May4t Dalam Beg Ditemui Dalam Kereta Terbakar, Akhirnya Identiti Sebenar Mngsa Dikenalpasti

Published

on

Terkini, identiti may4t yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS).

Menurutu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, identiti mngsa, Shia Chun Chai yang beralamat di Gelang Patah, Johor dan merupakan pekerja pendawaian itu telah disahkan oleh seorang ahli keluarganya dalam sesi pengecaman sebelum ini.

Yhazid berkata, susulan itu, berdasarkan maklumat diterima, isteri mngsa yang berumur 26 tahun ditahan bersama tiga lagi individu lelaki berusia antara 31 dan 38 tahun di sekitar Johor pada Ahad lepas bagi membantu siasatan lanjut termasuk motif mngsa dibunvh.

” Suspek lelaki berumur 31 tahun dan bekerja sebagai pembaiki penyaman udara, merupakan pemilik kereta terbakar dalam kejadian terbabit.

” Manakala seorang lagi suspek berumur 31 tahun bekerja sebagai mekanik, suspek berumur 38 tahun merupakan tukang cat dan isteri mngsa adalah suri rumah.

” Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas sehingga 27 September ini dan kes disiasat mengikut Sksyen 302 Knun Kesksaan yang membawa hukuman m4ti mandatori, jika sabit kesalahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Mohd Nor Yhazid dilaporkan berkata, satu may4t ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar di hadapan sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Ringan di Kuala Ina, Pulau Sebang pada jam 7.25 pagi.

Beliau dilaporkan berkata, may4t tanpa identiti itu ditemukan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari balai Tampin, Negeri Sembilan di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta tersebut, selepas berjaya memadam kebakaran kereta itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pemeriksaan lanjut oleh anggota bomba ke atas kenderaan terbabit selepas pemadaman menemui beg hitam di bahagian tempat duduk belakang.

Mengulas lanjut Mohd Nor Yhazid berkata, pemilik bengkel memaklumkan kereta terbabit mengalami kerosakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh kira-kira jam 4 petang Selasa lalu sebelum dia bersama seorang pekerjanya menggunakan trak tunda untuk membawa kenderaan itu ke bengkel.

Bagaimanapun menurutnya, individu itu tidak mahu membuat pembayaran selepas menggunakan perkhidmatan trak tunda kenderaan tersebut diletakkan di hadapan bengkel.

” Pekerja bengkel ada memaklumkan mengenai beg besar berwarna hitam tetapi beliau tidak mengesyaki sesuatu yang pelik,” katanya.

Sinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.