Connect with us

Semasa

Tak Tahan Video Tiktok Dikecam, Wanita Ambil Keputusan Bvnuh Diri. Keluarga Tampil Tuntut Keadilan

Published

on

Keluarga mngsa buIi siber, mendiang R Thivyaanayagi, 20, menuntut individu yang menulis komen jelik hingga menyebabkan wanita itu bertindak membunvh diri dibawa ke muka pengadilan sebagai hukuman.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita itu ditemui tergantung dipercayai tertekan selepas satu video TikTok dia dan seorang rakan sekerja warga Bangladesh dimuat naik di laman sosial Facebook mendapat kecaman warganet.

Aksi berkenaan dijadikan bahan ejekan kerana menganggap mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Tidak tahan dengan kecaman itu, dia mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya.

Kakak mendiang, R Logeshwari, 26, berkata dia bersama ahli keluarga lain juga tidak tahan dengan pelbagai komen yang disifatkan keterlaluan dan menghina mendiang adiknya.

” Komen yang dilemparkan begitu menyakitkan hati dan tidak sanggup untuk membacanya.

” Sebelum ini, saya sudah memberi kata semangat kepada adik supaya bersabar, namun terlambat apabila dia mengambil tindakan membunvh diri kerana tidak sanggup menjadi mngsa buIi siber,” katanya.

Logeshwari berkata demikian ketika ditemui selepas menemani ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Bukit Tengah, Bukit Mertajam, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung.

Katanya, mereka tampil membuat laporan polis kerana mahu menuntut keadilan terhadap kematian adiknya selain memberi pengajaran bahawa jenayah buIi siber amat berbahaya kerana boleh menganggu emosi.

” Hari ini adik saya salah seorang mngsanya, dan saya tidak mahu ada lagi mngsa-mngsa lain yang tidak bersalah menjadi bahan buIi netizen.

” Kami berharap pihak polis dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang melemparkan komen jelik supaya kematian adik mendapat keadilan,” katanya.

Sementara itu, Hsiao Leung berkata, pihak polis perlu melakukan siasatan terperinci kerana kes buIi siber dilihat semakin serius khususnya dalam kalangan belia.

” Situasi ini amat membimbangkan di mana kita boleh lihat berlaku peningkatan kes jenayah siber dan buIi siber semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sempat tulis nota

Terdahulu Thivyaanayagi dalam satu nota dikatakan bvnuh diri memberitahu, beliau menamatkan riwayat hidupnya selepas diser4ng kerana “berjanji temu” dengan seorang lelaki Bangladesh yang bekerja dengannya sebagai seorang juruwang di kedai 7-Eleven di Auto City, Juru, di sini.

Menurut keluarganya, tanggapan janji temu itu datang daripada satu video menunjukkan beliau dengan seorang pekerja asing, yang cuba melakonkan satu adegan dalam sebuah lagu berbahasa Hindi. Video itu dirakamkan ketika kedua-duanya kelihatan duduk di belakang kaunter juruwang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.