Connect with us

Semasa

Tendang Pekerja Penghantar Makanan Wanita, Lelaki Akhirnya Dihadapkan ke Mahkamah

Published

on

Beberapa hari lalu heboh di media sosial kejadian seorang lelaki menendang pekerja penghantar makanan wanita di Puchong.

Tindakan tersebut menimbulkan reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati dan meminta tindakan diambil ke atas lelaki terbabit.

Susulan kejadian itu polis menerima dua laporan daripada mangsa berusia 24 tahun dan suspek, meskipun terdapat laporan lain mengatakan mngsa sudah menarik laporan diatas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, berita mengatakan lelaki terbabit sudah dihadapkan ke mahkamah.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan pekerja penghantar makanan wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Hii King, 61, memohon kes dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ikhwan Mohd Nasir.

Lelaki itu hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Lim Tien Loong daripada Lim & Chia Advocates & Solicitors ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, kira-kira 9 pagi tadi.

Hii King hadapi dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan niat mengganggu kesantunan seorang wanita.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Shazleena Shazimi, 26, pada 18 Mei lalu, 4.10 petang di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri Puchong.

Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beri alasan tidak bekerja sejak 8 tahun

Bagaimanapun, peguam bela, Tien Loong meminta ikat jamin dikurangkan kepada RM4,000 atas alasan tertuduh tidak bekerja sejak lapan tahun lalu dan mempunyai tanggungan tiga anak dengan seorang daripadanya adalah penuntut universiti.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Ikhwan menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Ikhwan juga menetapkan syarat tambahan terhadap Hii King iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi yang terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau turut menetapkan 16 Jun nanti sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kejadian perselisihan faham antara pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di lokasi berkenaan.

Suspek turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan menendangnya beberapa kali sehingga mangsa terjatuh.

Dalam pada itu, dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tular di media sosial sejak petang kelmarin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.