Connect with us

Semasa

Terjun ke Laut Dan Cuba Berenang ke Pantai di Langkawi, 24 Orang Warga R0hingya Dikhuatiri Lemas

Published

on

Terkini: 24 orang etnik R0hingya dikhuatiri lem4s, manakala seorang terselamat selepas mereka beramai-ramai terjun ke laut di perairan Barat Pulau Langkawi, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, 25 pendatang tanpa izin (PATI) itu dilaporkan terjun ke laut dari bot dan cuba berenang ke pantai, namun hanya seorang yang terselamat.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, mangsa yang terselamat dikenali sebagai Nor Hossain, 27.

” Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) yang menerima laporan berkaitan kejadian daripada polis menghantar bot Pelindung 2 ke lokasi pada 10.30 malam.

” Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung hari ini membabitkan dua aset laut iaitu kapal KM Gagah dan bot Pelindung 2 serta helikopter Agusta Westland AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya dalam satu kenyataan di Langkawi, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, sektor pencarian membabitkan kawasan perairan seluas 109 batu nautika persegi di barat Pulau Langkawi.

” Mangsa dan pengadu yang terselamat ditahan polis untuk siasatan lanjut.

” Kita menyalurkan maklumat kejadian kepada agensi penyelamat lain, komuniti nelayan dan pihak berkuasa Thailand juga dimaklumkan menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) di Putrajaya ” katanya.

Beliau berkata, komuniti maritim juga boleh melaporkan jika menemui sebarang petunjuk atau penemuan mangsa kejadian di laut atau di persisir pantai menerusi talian talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 / 04-966 5307.

Patah cubaan masuk R0hingya

April lalu, cubaan kira-kira 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik R0hingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) .

TUDM dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, bot dinaiki PATI itu dikesan pesawat TUDM di kedudukan 70 batu nautika iaitu 129.6 kilometer (km) dari barat Pulau Langkawi, pada 10.26 pagi tadi.

” Pesawat TUDM seterusnya menghubungi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Lekiu dan KD Lekir yang terus digerakkan ke lokasi itu.

” Kedua-dua kapal itu kemudian berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM bagi mengekang pergerakan bot PATI itu,” katanya.

Menurutnya, atas dasar kemanusiaan anak kapal KD Lekiu mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan warga asing berkenaan sebelum mengiringi bot berkenaan keluar dari memasuki perairan negara.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.